Hari nii aku nak share berita gembira ngan korang.. sebab hari nii.. aku berjaya beli sebidang tanah.. tanah Rezab Melayu.. tapi tak besar pun kekawan.. Cuma luas dia 1.4 ekar jee.. lokasi tanah lak kat Bangi sana..

Aku minat sangat tanah nii.. sebab sebelah tanah nii ada kilang.. depan tanah pun ada kilang..  pastu lak lengkap dengan jalan tar.. kemudahan elektrik.. kemudahan air.. kemudahan tipon.. semua ada

Dari segi harga lak.. aku rasa.. biar laa ianya rahsia.. malu laa nak share ngan korang.. sebab aku cuma mampu.. beli tanah yang murah-murah jee kekawan

Aku tak tahu laa.. samada apa yang aku invest nii.. untung atau tak.. aku main belasah jee kekawan.. he he

Dua hari aku kena ceramah.. ngan abang A dan Hj M.. dua hari aku blaja dari mereka.. teknik investment tanah tanih.. dan aku rasa dah sampai masanya.. untuk aku sikit focus.. kat pelaburan tanah tanih pulak kekawan

Aku syukur sangat.. bermula dengan blog yang tak seberapa nii.. aku share pengalaman aku pasal ukur tanah.. pastu lak aku share pasal rumah lelong.. pastu aku focus kat pasif income.. pastu share pasal emas.. dan sekarang nii.. aku terjebak pulak ngan tanah.. ayoo yoo

Aku suka tanah sebab.. tanah adalah penyimpan nilai yang baik.. berdasarkan pengalaman aku.. kalo kita ada duit RM100K hari nii.. kita belikan sekeping tanah.. Insyaallah selepas 20 tahun akan datang.. nilai tanah berkenaan  pasti akan naik berganda-ganda broo

Aku suka tanah kat Selangor.. terutama kat Lembah Klang.. sebab bilangan orang luar berpindah kat Lembah Klang setiap tahun.. amat ramai broo.. macam mana pun mereka perlukan tempat tinggal.. sedangkan luas tanah adalah terhad.. jadi benda nii menyokong nilai tanah tadi.. untuk naik setiap tahun broo

Pastu lak harga rumah.. sekarang nii harga sebijik rumah kat Lembah Klang sekitar RM400K.. emm kalo laa harga rumah 20×70 semahal macam tuu.. korang rasa harga tanah akan ikut naik tak? Mesti naik broo

Apa pun aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. kalo korang ada duit lelebih tuu.. cuba-cuba invest kat tanah.. mana tau.. 20 tahun akan datang.. tanah korang naik gila-gila..

Ok laa kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL