Hari nii.. aku nak share ngan korang pasal tanah.. bukan apa.. sebab semalam.. belah pagi aku ada site visit dengan Kak S kat Semenyih sana.. dan belah tengah hari lak.. aku ada site visit kat Bangi dengan Saudara F
Best laa kekawan.. bila aku tengok kejayaan dia orang.. mereka yang terlibat dengan pelaburan tanah nii.. selepas 20-30 tahun beli tanah.. hari nii semuanya rata-rata amat happy.. dengan investment yang dia orang buat broo..
Bagi kes Kak S.. Kalo dulu.. dia beli tanah kat Semenyih sana.. 3 ekar cuma RM2500 jee broo.. tak de sapa nak area sana.. Masa tuu nak ke tanah tuu pun.. jalan tak dee.. api air pun tak dee.. Cuma apa yang dia pandai.. dia ikut jee pesan orang tua dia.. kalo ada duit.. beli tanah.. simpan tanah
Kalo dulu semua orang ketawakan kak S.. sebab suka sangat beli tanah.. pantang ada tanah nak jual jee.. kak S akan beli.. sampai kekawan lain panggil dia.. tuan tanah kedaung laa bro
Kak S tak peduli semua tuu.. bagi kak S.. dia enjoy beli tanah.. dia suka beli tanah.. jadi dia beli jee.. sebab kak S percaya.. buat apa yang kita enjoy.. Insyaallah duit akan ikut kemudian
Berkat ikut nasihat orang tetua.. hasil dia hari nii.. ambik ko.. kalo kak S jual salah satu tanah dia jee.. dia terus jadi jutawan broo.. macam tuu sekali pelaburan tanah nii broo.. besar betoi impak dia
Tak pee laa.. semua tuu cerita kak S.. Soalnya sekarang.. adakah kita mampu beli tanah? Beli tanah untuk pelaburan.. mampu ke?
Dengan harga rumah yang mahal sekarang nii.. tambah lak dengan inflasi yang agak tinggi.. harga kereta jugak mahal.. anak-anak lagi.. rasa-rasa korang laa.. kita mampu ke? Berat kekawan sebenarnya
Sebab tuu.. aku syorkan sangat.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. apa jugak investment yang kita nak buat.. jauh lebih baik.. focus kepada pasif income dulu.. banyakkan pasif income kita dulu.. supaya pasif income kita tadi.. jauh lebih banyak berbanding perbelanjaan kita
Lepas tuu.. pakai laa.. duit pasif income tadi.. invest laa kat tanah dan benda-benda lain.. insyaallah dengan cara nii.. baru kita selamat dan bole tido malam..
Note : aku tak pandai.. nak share pasal pasif income nii.. Cuma bagi korang yang belum baca ebook aku lagi.. Tips macam mana nak kaya.. ngan cara sempoi gila.. korang bole berbuat demikian.. korang bole explore ebook aku nii.. TIPS SEMPOI MAHU JADI KAYA
Ok laa kekawan.. salam
INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL
Popularity: 55% [?]



i like…
smpai sekarang xtaw ape sy enjoy tuk lakukan
azhar.. he he.. semua orang pun sama.. dia orang tak tau.. apa yang dia orang minat..
apa pun.. aku percaya.. buat laa sesuatu.. sampai usaha kita tadi.. bole datangkan duit.. bila income beransur-ansur banyak.. mesti kita enjoy.. apa yang kita buat.. percaya laa
kayzen.. tq boss
Salam En Hafizal, klau sy ada tanah lot rumah 60×80 status rezab melayu di Btg Kali, Selangor. Any idea,apa boleh sy buat dgn tanah ni, memandangkn tanah ni kosong jer skrg ni. Annual cost yg perlu sy tanggung adalah cukai tanah n upah org racun atau potong rumput n lalang bbrapa bulan sekali.
khairul.. kalo buat rumah sewa bole tak?
En. Hafizal..kalo nak melabur tanah ni..rse2nye tanah2 kt kwsan kg masih lg murah..tapi nk kne byk knal broker tanah..
ija.. betoi tuu. kawasan kampung masih lagi murah.. tapi kalo kawasan bandar.. mahal oooo
En Hafizal,
Macam mane cara terbaik nak beli tanah?beli cash ke?kalau nak buat loan, bank apa yg bagus?
En. Hafizal….saya bercadang nak beli tanah pajakan Mukim 99 tahun. Tapi ada ura-ura kawasan tersebut akan dibina lebuhraya pesisir pantai. Jika pihak kerajaan ambil tanah tersebut untuk buat lebuhraya, berapakah kadar pampasan yang selalu diberi untuk 1 ekar?
Tak semestinya tanah kg murah…kg.Sungai Ramal tanah dah mahal bro…
salam en hafizal
boleh tau u ni valuer tanah ke?
kalau u valuer tanah mcm mn nk dpt kn service u?
nk tanya… Sy ada tnh 8000kps, tnh lot kediaman…. Sy nk buat rmh 2400kps. Sy plan nk buat 1200kps x 2. . Maksudnya 2 unit. Adakah blh dpt kelulusan majlis sbb tanah 1 nama. Dan adakah bnk akan bagi loan… Thanks
Salam En Hafizal. saya setuju dgn saudara. buat apa yang kita enjoy mmg xkan rasa berat walaupun orang sekeliling mengatakan sebaliknya. Utk sesiapa yg ingin membeli tanah saya nasihatkan agar tuan puan melakukan ‘feasibility study’ terlebih dahulu samadaada tanah tersebut(perniagaan, bangunan, pertanian) berpotensi utk dimajukan dlm jangkamasa pendek, sederhana atau panjang. walaubagaimanapun bak kata saudara Hafizal beli tanah Insya Allah xkan rugi.
Hafizal i cdg nak beli tanah kat bangi. Tuan tanah dah meninggal. Waris dalam proses ambil kuasa. Pas tu tanah tu ada dua nama . kalau tanah status mcm ni banyak masalah tak kalau kita nak develope. Perlu ke persetujuan tuan tanah satu lg.tq bro….
antara perkara yg saya enjoy adalah baca blog bro..tengah tunggu apa2 opportunity yg ada..
Nk tanya encik hafizal, harap boleh jawab….
Saya nak beli tanah keluasan 8000kps. Tanah tersebut akan dipecah lot dari 16000kps ke 8000kps sebanyak 2 lot. Sy akan beli 1 lot.
Soalan saya… Berapa lama prose pecah lot tersebut diambil. Lot asal sudahberstatus lot perumahan. Setakat ni sy tanya owner ygnk jual, katanya amik masa 2 bulan. Saya ada call juruuukur, ada yg kata setahun, dan ada yg kata sampai 2 tahun. Saya nk tanya ncik hafizal pulak…. Berapa lama proses diambil. Sbb klu lama sgt sy x sanggup tunggu…..
salam. kalau geran tanah dlm proses gadaian (buat loan gomen) boleh buat pecah lot tak?. Ada tanah kosong lagi lepas buat rumah dgn loan kerajaan..ingat nak buat rumah sewa.keluasan yg ada lebih kurang 50 x 80 kaki.Kalau boleh pecah lot lagi bagus la.. en hafizal, jual je…rumah sewa tu.
bro hafizal..status tanah apa yg memberi pulangan yang banyak untuk investment bagi orang yg baru berjinak-jinak & takde modal besar?
salam, saya ada soalan berkenaan tanah felcra.saya dapat offer dari kawan nk jual tanah felcra..bole ke kita beli tanah tu?tq
ramy.. kalo tanah tuu dah ada geran.. dan tanah tuu atas nama tuan tanah.. tuan tanah asal bole jual kat ramy.. tak de masalah
cuma nak buat pindahmilik.. dari nama tuan tanah asal kepada nama ramy.. nak kena dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa.. kat sini terpulang kat pihak berkuasa.. samada nak benarkan atau tak..
uda.. semua tanah ok sebenarnya.. cuma kena tengok modal kita..
macam kawan saya.. buat kelapa sawit.. untung ribu2 sebulan..
ada kawan saya beli tanah paya.. buat kolam ikan.. pastu kasi sewa kolan tuu dengan geng mancing ikan.. itu pun buat duit gak tuu
ada pulak yang buat lot2 bungalow..
ada jugak yang beli tanah.. pastu sewa tanah tuu buat restoran.. macam-macam
rasa2.. uda cadang2 nak buat macam mana lak?
feelgood.. salam.. bole jee.. tanah yang ada gadaian dengan pihak gomen.. kita bole dapatkan kebenaran dari pihak perbendaharaan utk pecah sempadan.. cuma nanti tanah yang kita pecah sempadan tuu.. dua2 geran ada gadaian kepada pihak gomen
khg.. lama proses nii.. sekurang2nya pun.. setahun lebih.. sebab proses nii.. libatkan kebenaran merancang nii..
2bz4money.. hehe
arzcempaka.. untuk urusan pecah geran.. kena dapatkan persetujuan dari tuan tanah satu lagi..
tapi bila dah pecah geran.. masing2 dah dapat geran individu.. dah bole develop dah.. tak yah pun nak dapat kebenaran dari tuan tanah sorang lagi
untuk urusan pusaka lak.. tak susah laa.. arzcempaka bole bantu pewaris tuan tanah.. suruh dia orang refer dengan amanah raya.. atau lawyer.. pihak2 nii bole bantu uruskan pusaka
wan.. betoi.. sebelum beli tanah.. kena semak zooning tanah.. semak potensi tanah tadi.. tak mau laa.. tanah yang kita beli tadi.. potensi dia sebagai tanah pertanian jee.. nak upgrade pun tak bole.. he he
saya ada share pasal zooning nii pada posting sebelum2 nii.. kekawan bole semak kat posting berkenaan
khg.. susah mau cakap laa benda nii.. apa pun kena semak dengan pihak majlis perbandaran dulu.. kalo majlis lulus.. insyaallah loan pun ok.. kalo sebaliknya.. tak bole buat apa laa
pengalaman saya.. kalo dari bungalow pastu buat semi D.. bole lulus khg
nora.. bukan bukan.. saya jurukur tanah.. bukan valuer tanah
untuk dapatkan khidmat valuer.. cuba call sahabat saya nii.. shahrizal 012 3719972
jiming.. amat setuju broo.. jangan main2 oo tanah kampung.. mahal ooo..
kg sg pencahala pun mahal ooo… kg baru kl.. jangan cakap laa.. lagi laa mahal… he he
lan.. kalo pihak gomen nak buat lebuhraya.. dan kebetulan tanah lan kena.. lan bole dapat bayaran pampasan.. pampasan tuu ikut nilaian tanah semasa
brapa nilai yang lan dapat tuu.. bergantung harga tanah lan laa
ijat.. saya tak tahu samada bagus beli cash atau loan.. cuma nasihat kekawan yang pandai akuanting.. dia orang nasihatkan saya.. kalo beli hartanah nii.. yang terbaik.. bagus buat loan.. walaupun jumlah dia sikit.. saya tak tahu apa tujuan dia..
bank yang bole bagi loan.. agro bank. public bank
ija.. betoi ija
en hafizal kalau satu lg owner dan tak dapat dikesan macam mana.
Asmkm En. Hafizal saya nak minta pandangan En Hafizal. Saya ni fresh grad baru 22 thn tapi sampai sekarang xda kerja lagi dah byk temuduga pergi tapi tak tahu kenapa x dapat yg saya pergi jauh2 dari tempat saya naik bas bagai.
Masalah saya sebelum ni saya ada buat pelaburan emas dah dekat setahun saya simpan jongkong emas.Anggaran simpanan emas saya RM8K. Saya ingat nak buat modal niaga nak jual semua emas termasuk perak yg saya ada. Tapi takut le pulak tak tahu nak niaga apa sgt dgn modal mcm tu sebab xperience niaga pun xda. Xnk jadi mcm kwn2 yg lain rugi.
Tapi dlm masa tu igt nak cari la kerja sementara. Tapi dlm masa yg sama juga ok ke tak kalau saya jual separuh emas saya nak beli lot tanah yg murah sikit ok ke tak. En Hafizal rasa ada ke lot tanah harga murah2 macam tu.
Maaf ya kalau saya tanya soalan agak kelakar sebab saya tak berapa tahu sgt soal tanah ni.Harap dapat jwpn ya.
tuan, tiada entry terbaru kah?