Archive for April, 2012

BUKAN DUIT.. BUKAN HARTA.. TAPI DOA IBU

Hari ni aku nak share ngan korang pasal “ibu”.. bukan apa kekawan.. sebab hari nii.. aku seharian temankan mak aku kat hospital.. sebab hari nii mak aku operate mata

Al kisah ceritanya macam nii.. 2 bulan lepas.. sebelum kita orang pergi umrah.. mak aku complain.. mata belah kanan dia tak nampak.. pada mula tuu.. aku ingat.. mak aku main-main.. nak gurau ngan aku.. kesannya betoi-betoi dia tak nampak broo

Baru aku blaja.. kesannya bila tengok pakai sebelah mata nii.. bila jalan tuu.. susah sangat nak bezakan tinggi rendah.. jadi jalan pun tak leh nak laju..

Untuk atasi masalah tuu.. sebelum nii.. kita orang dah 3 kali jumpa pakar mata.. check punya check.. doctor bagi tahu.. dalam bebola mata mak aku.. penuh dengan darah daa.. ada pendarahan dalam mata kesannya

Punca pendarahan dalam mata nii.. doctor bagi tahu.. ada banyak sebab.. salah satu factor.. adalah factor usia.. pastu mungkin gak diabetis dan lain-lain lagi

Jadi pagi tadi.. alhamdulilah sangat-sangat.. mak aku dah pun selamat jalani pembedahan mata.. dan sekarang nii.. mak aku sudah jadi macam lanun daa..  sebelah mata buka.. sebelah mata tertutup.. he he

Kekawan.. sepanjang aku uruskan mak aku nii.. terlalu banyak benda baru aku blaja kekawan..

Aku blaja :

Masa kita kecik.. mak kita.. tak dee pun rasa malu.. untuk pimpin tangan kita.. sekali pun kita nii nakal.. kita nii buas.. lari sini sana.. tapi.. bila mak tadi dah tua.. macam mana kita?

Masa kita kecik.. bila kita demam.. mak cepat-cepat bawak kita jumpa doctor.. tapi bila dia tua.. macam mana kita?

Bila anak sakit.. mak sanggup bergolok gadai.. untuk pastikan.. anak-anak mereka dapatkan rawatan yang terbaik.. jumpa doctor yang terbaik.. tapi.. bila mereka tua.. kalau mereka sakit.. macam mana kita?

Bila kita berjaya.. kita untung berniaga.. kadang-kadang kita lupa mak.. tapi bila kita jatuh.. kita carik dia

Kalo hari nii.. kita doa untuk anak-anak kita.. kesannya mak kita juga.. buat benda yang sama untuk kita.. dan kalo kita bole dengar doa mak tadi.. pasti.. gerenti.. berlinang air mata kita kekawan..

Ok laa.. salam

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

BUDAK 5 TAHUN PUN BERANI CUBA.. KORANG RASA.. KORANG BERANI TAK?

Untuk hari nii aku nak share ngan korang pasal “berani mencuba”.. korang ingat lagi tak masa korang kecik-kecik dulu.. zaman kanak-kanak ribena.. masa tuu semua benda korang nak cuba.. main basikal laa.. mandi sungai laa.. main layang-layang laa.. kira semua benda korang nak try

Tapi bila dah semakin matang nii.. perasan nak try tuu.. semakin hari.. semakin slow sikit.. korang perasan tak benda nii berlaku?

Lebih-lebih lagi.. kalo kita dapat boss yang garang.. pantang salah sikit jee.. habis laa.. boss marah-marah.. tengking-tengking.. akibat dia.. psikologi kita pun ikut jee laa cakap boss.. jadi semangat nak try sesuatu tuu.. last-last terkubur macam tuu jee..    

Benda nii tambah kritikal bila libatkan financial.. bila kita langsung tak dee perasaan.. nak try sesuatu yang baru.. untuk tambah income.. kalo dah sampai tahap nii.. nii sudah kira bahaya dah nii

Soalnya.. mana mungkin kita buat benda yang sama setiap hari.. tapi kita harap.. result dia berbeza..  dah tentu benda nii.. tak akan berlaku broo.. betul tak?

Bagi sapa-sapa yanga ada masalah macam nii.. Aku syorkan sangat..

Mulakan dengan korang stop kejap.. korang rehat kejap dengan aktiviti korang tuu.. kasi nilai balik aktiviti-aktiviti yang korang selalu buat.. kasi senaraikan mana-mana aktiviti yang bagus dan yang berjaya.. dan yang sebaliknya

Mana-mana yang berjaya tuu.. korang kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal tuu.. korang kasi stop sementara

Pastu korang kasi carik idea baru.. teknik paling senang nak carik idea baru nii.. korang kasi bukak lebai Google.. doctor Youtube.. korang kasi tanya dengan dia orang nii.. nanti pandai laa dia orang  tolong jawab untuk korang.. J

Korang taip laa.. macam mana nak kaya? Macam mana nak marketing power? dan lain-lain.. benda nii terpulang kat korang..

Selain tuu korang boleh gak baca buku.. datang seminar.. dengar CD dan macam-macam lagi

Bila korang dah jumpa teknik baru.. yang korang rasa.. sesuai dengan korang.. apa lagi.. jangan tangguh-tangguh.. kasi cepat try.. korang kasi follow macam mana yang sumber korang cadangkan tuu

Pada waktu yang sama.. korang carik gak mentor.. orang yang berjaya dalam bidang yang korang buat tadi.. jumpa dia orang nii.. ajak dia orang minum.. pastu kasi bincang dengan mentor-mentor tuu

Pastu setiap 3 bulan.. kasi buat penilaian balik.. mana yang Berjaya.. kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal kasi stop

Ulang-ulang proses nii.. sampai korang jumpa teknik yang terbaik..

Kalo bebudak 5 tahun pun berani cuba.. rasa-rasa.. korang berani tak?

Fikir-fikirkan.. renung-renungkan.. Ok laa salam..

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

KORANG NAK KAYA ATAU KORANG NAK TENANG?

Hari nii aku nak share ngan korang pasal “tenang” atau “ketenangan”.. emm jarang gak aku nak bincang pasal benda-benda macam nii.. sebab benda nii lebih kepada spiritual.. dan korang paham jee laa.. aku nii macam mana.. ada sikit rock-rock kapak tuu.. he he

Bukan apa kekawan.. sebab semalam.. aku jumpa dengan Hj W.. pada mulanya.. kita orang bincang pasal urusan tanah tanih dia laa.. ada yang nak kasi convert.. ada lak yang nak pecah geran.. ada lak yang nak jual.. banyak betoi tanah tuan haji nii

Tapi last-last.. kita orang menyimpang benda lain bro.. bincang pasal tenang bro

Bila bincang dengan Hj W nii.. baru aku blaja.. kesannya kat luar sana.. ada ramai sangat orang.. yang tak tenang broo.. berkejar sini.. berkejar sana.. meeting tak habis-habis.. sampaikan masa dengan Allah tak ada.. dan Hj W bagi tahu.. kumpulan nii.. pasti mereka tak tenang

Bila Hj W kongsikan info ni kat aku.. aku jadi jemmmm kejap broo.. he he

Yang best tuu.. Hj W bercakap atas dasar pengalaman dia sendiri.. sebab dia pernah lalui saat tuu..  dia asyik bekerja jee.. pagi petang siang malam.. kerja kerja kerja.. sampaikan sembahyang lupa.. semua lupa.. nak kumpul duit ringgit kononnya.. last-last sampaikan nak tidur pun.. dia kena makan ubat.. kalau tak.. tak boleh tidur..

6 bulan broo.. dia derita masalah tak boleh tidur nii.. dan bila sampai tahap tuu.. baru Hj W rasa.. yang dia betoi-betoi tak normal.. dan dalam tempoh tu..  merata dia jumpa doctor pakar.. jumpa ramai  ustaz dan beribu duit habis.. tapi tak baik-baik jugak..

Tak tidur satu hal.. lepas tuu apa yang Hj W rasa.. dia rasa.. macam dia dah dekat sangat nak mati.. pastu asyik kencing-kencing jee.. jantung berdegup laju dan macam-macam lagi laa

Dalam tempoh tuu laa.. Hj W banyak muhasabah diri.. datang masjid dengar ceramah.. dengar CD agama.. jumpa ramai ustaz..

Sampai satu hari.. kebetulan dia dengar CD USTAZ SHAMSURI.. pasal tafsir surah Al Rahman.. dalam ceramah tuu ustaz ada bagi tahu..

“Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, Allah akan bagi kita dua surga. Surga akhirat yang penuh kenikmatan dan surga dunia yang penuh ketenangan” Ini laa turning point paling besar dalam hidup Hj W..

Dan aku terharu sangat.. bila Hj W pesan kat aku :

  1. Fizal.. setiap hari.. jangan sesekali lupa baca Al Quran.. baca tafsir dan keterangan dia sekali.. curi masa untuk buat benda nii
  2. Jangan lupa bangun malam.. solat tahajud.. solat taubat.. solat sunat.. mohon ampun pada Allah.. mohon redha Allah
  3. Berkawan dengan orang yang baik-baik.. berkawan dengan ustaz.. berkawan dengan ulamak.. jangan sesekali ikut mereka yang suka enjoy nii
  4. Amalkan puasa sunat.. isnin dan khamis.. sebab puasa baik untuk ibadah dan baik untuk kesihatan
  5. Banyakkan zikir.. banyakkan ingat Allah.. mudah-mudahan Fizal tak jadi macam saya

Apa pun.. aku tak tahu.. samada apa yang aku share nii baik atau tak untuk korang.. Cuma mana-mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. dan mana yang tak baik tuu.. korang buang aaa

Ok laa kekawan.. salam..

Klik SHARE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL