Hari nii aku nak share ngan korang pasal “tenang” atau “ketenangan”.. emm jarang gak aku nak bincang pasal benda-benda macam nii.. sebab benda nii lebih kepada spiritual.. dan korang paham jee laa.. aku nii macam mana.. ada sikit rock-rock kapak tuu.. he he

Bukan apa kekawan.. sebab semalam.. aku jumpa dengan Hj W.. pada mulanya.. kita orang bincang pasal urusan tanah tanih dia laa.. ada yang nak kasi convert.. ada lak yang nak pecah geran.. ada lak yang nak jual.. banyak betoi tanah tuan haji nii

Tapi last-last.. kita orang menyimpang benda lain bro.. bincang pasal tenang bro

Bila bincang dengan Hj W nii.. baru aku blaja.. kesannya kat luar sana.. ada ramai sangat orang.. yang tak tenang broo.. berkejar sini.. berkejar sana.. meeting tak habis-habis.. sampaikan masa dengan Allah tak ada.. dan Hj W bagi tahu.. kumpulan nii.. pasti mereka tak tenang

Bila Hj W kongsikan info ni kat aku.. aku jadi jemmmm kejap broo.. he he

Yang best tuu.. Hj W bercakap atas dasar pengalaman dia sendiri.. sebab dia pernah lalui saat tuu..  dia asyik bekerja jee.. pagi petang siang malam.. kerja kerja kerja.. sampaikan sembahyang lupa.. semua lupa.. nak kumpul duit ringgit kononnya.. last-last sampaikan nak tidur pun.. dia kena makan ubat.. kalau tak.. tak boleh tidur..

6 bulan broo.. dia derita masalah tak boleh tidur nii.. dan bila sampai tahap tuu.. baru Hj W rasa.. yang dia betoi-betoi tak normal.. dan dalam tempoh tu..  merata dia jumpa doctor pakar.. jumpa ramai  ustaz dan beribu duit habis.. tapi tak baik-baik jugak..

Tak tidur satu hal.. lepas tuu apa yang Hj W rasa.. dia rasa.. macam dia dah dekat sangat nak mati.. pastu asyik kencing-kencing jee.. jantung berdegup laju dan macam-macam lagi laa

Dalam tempoh tuu laa.. Hj W banyak muhasabah diri.. datang masjid dengar ceramah.. dengar CD agama.. jumpa ramai ustaz..

Sampai satu hari.. kebetulan dia dengar CD USTAZ SHAMSURI.. pasal tafsir surah Al Rahman.. dalam ceramah tuu ustaz ada bagi tahu..

“Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, Allah akan bagi kita dua surga. Surga akhirat yang penuh kenikmatan dan surga dunia yang penuh ketenangan” Ini laa turning point paling besar dalam hidup Hj W..

Dan aku terharu sangat.. bila Hj W pesan kat aku :

  1. Fizal.. setiap hari.. jangan sesekali lupa baca Al Quran.. baca tafsir dan keterangan dia sekali.. curi masa untuk buat benda nii
  2. Jangan lupa bangun malam.. solat tahajud.. solat taubat.. solat sunat.. mohon ampun pada Allah.. mohon redha Allah
  3. Berkawan dengan orang yang baik-baik.. berkawan dengan ustaz.. berkawan dengan ulamak.. jangan sesekali ikut mereka yang suka enjoy nii
  4. Amalkan puasa sunat.. isnin dan khamis.. sebab puasa baik untuk ibadah dan baik untuk kesihatan
  5. Banyakkan zikir.. banyakkan ingat Allah.. mudah-mudahan Fizal tak jadi macam saya

Apa pun.. aku tak tahu.. samada apa yang aku share nii baik atau tak untuk korang.. Cuma mana-mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. dan mana yang tak baik tuu.. korang buang aaa

Ok laa kekawan.. salam..

Klik SHARE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL