Untuk hari nii aku nak share ngan korang pasal “berani mencuba”.. korang ingat lagi tak masa korang kecik-kecik dulu.. zaman kanak-kanak ribena.. masa tuu semua benda korang nak cuba.. main basikal laa.. mandi sungai laa.. main layang-layang laa.. kira semua benda korang nak try

Tapi bila dah semakin matang nii.. perasan nak try tuu.. semakin hari.. semakin slow sikit.. korang perasan tak benda nii berlaku?

Lebih-lebih lagi.. kalo kita dapat boss yang garang.. pantang salah sikit jee.. habis laa.. boss marah-marah.. tengking-tengking.. akibat dia.. psikologi kita pun ikut jee laa cakap boss.. jadi semangat nak try sesuatu tuu.. last-last terkubur macam tuu jee..    

Benda nii tambah kritikal bila libatkan financial.. bila kita langsung tak dee perasaan.. nak try sesuatu yang baru.. untuk tambah income.. kalo dah sampai tahap nii.. nii sudah kira bahaya dah nii

Soalnya.. mana mungkin kita buat benda yang sama setiap hari.. tapi kita harap.. result dia berbeza..  dah tentu benda nii.. tak akan berlaku broo.. betul tak?

Bagi sapa-sapa yanga ada masalah macam nii.. Aku syorkan sangat..

Mulakan dengan korang stop kejap.. korang rehat kejap dengan aktiviti korang tuu.. kasi nilai balik aktiviti-aktiviti yang korang selalu buat.. kasi senaraikan mana-mana aktiviti yang bagus dan yang berjaya.. dan yang sebaliknya

Mana-mana yang berjaya tuu.. korang kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal tuu.. korang kasi stop sementara

Pastu korang kasi carik idea baru.. teknik paling senang nak carik idea baru nii.. korang kasi bukak lebai Google.. doctor Youtube.. korang kasi tanya dengan dia orang nii.. nanti pandai laa dia orang  tolong jawab untuk korang.. J

Korang taip laa.. macam mana nak kaya? Macam mana nak marketing power? dan lain-lain.. benda nii terpulang kat korang..

Selain tuu korang boleh gak baca buku.. datang seminar.. dengar CD dan macam-macam lagi

Bila korang dah jumpa teknik baru.. yang korang rasa.. sesuai dengan korang.. apa lagi.. jangan tangguh-tangguh.. kasi cepat try.. korang kasi follow macam mana yang sumber korang cadangkan tuu

Pada waktu yang sama.. korang carik gak mentor.. orang yang berjaya dalam bidang yang korang buat tadi.. jumpa dia orang nii.. ajak dia orang minum.. pastu kasi bincang dengan mentor-mentor tuu

Pastu setiap 3 bulan.. kasi buat penilaian balik.. mana yang Berjaya.. kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal kasi stop

Ulang-ulang proses nii.. sampai korang jumpa teknik yang terbaik..

Kalo bebudak 5 tahun pun berani cuba.. rasa-rasa.. korang berani tak?

Fikir-fikirkan.. renung-renungkan.. Ok laa salam..

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL