Hari nii aku nak share berita gembira ngan korang.. sebab semalam.. 1hb Mei.. sempena hari buruh..kami sekeluarga.. sambut ulang tahun perkahwinan kita orang yang ke-8.. ayooo ayoo kejapnya masa berlalu.. dah 8 tahun kita orang kahwin

Apa pun.. aku syukur sangat.. alhamdulilah sangat.. sepanjang 8 tahun berumahtangga nii.. macam-macam benda kita orang blaja.. macam-macam pengalaman kita orang lalui

Kadang-kadang tuu.. kita tak perasan masa berlalu.. tapi bila tengok anak-anak.. baru laa kita sedar.. dah besar panjang anak-anak kita tadi.. tuu maknanya.. yang kita nii jugak.. semakin hari semakin tua.. he he

Apa pun.. mak aku pesan..”Jangan tengok 8 tahun yang dah lepas.. tapi rancang keluarga untuk 30 tahun yang akan datang”

Bila mak aku pesan macam tuu.. terkedu aku kejap broo.. he he

Dalam merancang masa depan nii.. apa yang kita orang buat.. kita orang lebih suka.. plan keluarga untuk jangka masa pendek.. sederhana dan panjang.. kita orang suami isteri duduk sesama.. pastu kita orang listkan.. satu per satu.. masalah-masalah yang kita orang hadapi.. pastu impian-impian yang kita orang nak..

Dari masalah tuu.. kita orang buat satu borang.. senaraikan satu persatu masalah dan impian tadi.. pastu kita orang.. senaraikan lak satu per satu.. strategi dan jalan penyelesaian yang boleh kita orang buat untuk atasi setiap cabaran tuu

Mula-mula tuu..  kita orang rasa macam formal jee benda nii.. tapi lama-lama.. best lak broo.. sebab kita orang boleh tengok.. setiap strategi kita orang tuu.. dah pun buahkan hasil

Apa pun aku blaja.. dalam merancang benda macam nii.. kerjasama suami isteri tuu penting sangat.. bila kita plan.. pastikan kita mesti konsisten bertindak.. mesti rajin.. jangan cepat mengalah

Dan bila kita berjaya.. jangan lupa celebrate.. celebrate simple simple.. macam makan kat restoran best-best.. atau pergi bercuti.. ngan cara tuu.. baru kita rasa.. kejayaan tadi

Setakad nii.. teknik nii.. best sangat untuk kami sekeluarga.. dan aku syorkan sangat.. apa kata.. korang try..

Aku tak tahu.. samada apa yang aku share niii.. baik atau tak untuk korang.. Cuma pesan aku.. mana-mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. korang letak tepi aaaa

Ok laa kekawan.. salam..

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL