Hari nii aku nak share berita gembira lagi ngan korang semua.. sebab hari nii.. aku berpeluang untuk meeting dan uruskan tanah sorang artis nii

Artis yang aku maksudkan ialah Pn R.. dia nii glamour sangat.. pada tahun 90an dulu.. anak darah kacukan.. muka kira mix mix gitu.. dan dia amat glamour zaman lagu Isabella dulu-dulu..

Al kisah ceritanya macam nii.. dulu artis nii ada beli tanah kat Hulu Langat.. tak luas pun tanah tuu.. sekitar 3 ekar lebih macam tuu jee..  

Dan tadi.. kita orang meeting.. sebab dia bercadang.. nak tukarkan syarat tanah tuu.. dari pertanian kepada bangunan kediaman.. dan lepas tuu.. dia nak pecahkan kepada 4 plot

 1 plot nak jadikan tapak rumah rehat dia.. dan 3 plot lagi.. nak jual memurah.. ayooo kayo kayoo

Apa aku blaja hari nii.. aku sungguh terharu broo.. sungguh aku tak sangka.. kesannya dari blog.. bole jumpa artis broo.. he he

Aku maleh nak cerita panjang.. jadi jom kita kira.. untung Pn R

KOS

Beli tanah tahun 90an 3.3 ekar : RM100K

Kos ukur : RM4K

Kos Townplanner untuk tukar syarat : RM7K

Premium tambahan untuk tukar syarat tanah : RM30K

Caruman parit : RM10K

Cukai baru : RM500

TOTAL : RM151,500

JUAL

1 plot untuk sekar : paling minimum RM350K.. sebab tanah nii berdepan dengan jalan besar

Kalo 3 lot : 3 x RM350K : RM1.05 juta

UNTUNG

JUAL – KOS 

RM1.05juta – RM151,500 : RM898,500

Ayooo bestnya Pn R.. kalo laa duit yang hampir RM900K nii.. dia simpan kat ASB jee.. tanpa kerja.. tak yah berlakon.. buta-buta jee dia dapat pasif income

8/100 x 898,500 : RM71880 setahun.. dan kalo sebulan lak RM71880/12 : RM5990.. sebulan

Bestnya..  kayoo nya..

Ok laa kekawan.. salam

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL