Hari nii aku nak share ngan korang  kisah.. si tukang kebun.. Tukang kebun yang aku maksudkan ialah Hj R

Al kisah ceritanya.. Hj R nii adalah klien aku.. dulu dia nii bekerja sebagai tukang kebun sekolah.. apa dia buat.. belah pagi.. dia jadi tukang kebun.. dan belah petang.. dia dan isteri bela lembu

Hasil dia bela lembu tuu.. untung niaga tuu.. dia kasi kumpul-kumpul.. sebahagian untung dia belikan lembu balik.. sebagai modal pusingan.. dan sebahagian untung lagi.. dia belikan tanah  

Focus pelaburan dia pada waktu tuu.. dia beli tanah.. yang satu geran ramai tuan.. orang kampung yang terdesak nak pakai duit.. yang terpaksa jual tanah.. dan dia beli dari orang kampung tadi

Pada masa tuu..   tanah-tanah yang dia beli tak besar pun.. ¾ ekar.. ½ ekar.. tapi banyak lot broo

Pada masa tuu.. tanah-tanah macam nii.. tanah yang kurang 1 ekar.. tak bole pecah geran.. kira masa tuu.. ramai orang kampung.. ketawakan dia.. kononya Hj R buat investment yang salah laa.. orang tak de school laa.. macam-macam lagi

Hj R.. tak peduli dengan ejekan tuu.. bagi dia.. pantang ada duit jee.. asal ada duit.. sebahagian beli lembu.. sebahagian beli tanah.. tuu jee teknik pelaburan dia

Hasil dia main tanah tanih tuu.. sekarang.. jangan main-main oooo.. Hj R yang tak de school tuu.. jutawan senyap oooo..

Yang best tuu.. Hj R bagi tahu.. dari dulu sampai sekarang ni.. lembu dia sekitar 40-70 ekor jee.. bilangan tuu tak tambah puu.. kalo dia jual.. dia akan tambah balik.. pada kuantiti yang sama

Cuma pengalaman Hj R.. setakad nii.. dia untung.. bukan dari lembu.. tapi sebenarnya dari tanah..        

Dan aku terharu sangat.. bila Hj R bagi tahu.. baru-baru nii.. dia wakafkan 28% dari jumlah simpanan dia.. untuk buat surau dan aktiviti lain.. Ya Allah mulia nya hati Hj R

Teknik dia.. senang jee broo..

KOS

Dulu dia beli tanah kongsi, luas tanah ¾ ekar.. tanah kat Bangi.. baru : RM8K

Cukai tanah dia bayar baru RM5 x 20 tahun : RM100

Kos ukur.. untuk pecah geran : RM8K

JUMLAH : RM16,500

JUAL

Hari nii.. kalo Hj R jual tanah ¾ ekar tuu.. tanah pertanian.. aku percaya.. senang-senang jee  boleh jual : RM250K

UNTUNG

JUAL – KOS

RM250,000 – RM16,500 : RM233,500

Hj R bagi tahu lagi.. “Tanpa bekerja.. tanpa bela lembu.. saya untung RM233K.. semua tuu rezeki dari Allah.. semua tuu jugak ujian dari Allah.. dan kalo saya wakaf 28% dari jumlah tuu.. rasanya tak salahkan Zal?”

Ayooo.. senangnya Hj R kira.. mudahnya dia congak.. dan hebatnya pandangan dia

Kalo laa Hj R.. yang tak dee school pun.. bole wakaf 28% dari keuntungan pelaburan dia.. untuk jalan Allah.. korang rasa.. korang bole buat tak? Renung-renung dan fikir-fikirkan..

Klik LIKE tanda belajar

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 10% [?]