Harii nii aku nak share ngan korang pasal “modal berniaga”.. ye laaa.. tak kisah laa sebesar mana bisnes kita.. dan sekecik mana pun pelaburan kita.. semua tuu nak kena pakai modal

Dan lebih penting lagi.. bila kita dah start niaga.. kita kena pastikan pulak.. yang modal pusingan nak bayar gaji pekerja.. nak beli barang.. nak bayar sewa opis dan lelain.. semua tuu nak kena ada..  

Disebabkan benda nii.. ramai usahawan kita.. bila nak niaga jee.. mereka akan jemmm.. alasan dia orang.. “tak dee modal nak niaga” dan lelain lagi

Akibat dia.. banyak idea bisnes yang best-best.. bole untung banyak.. akan terkubur macam tuu jee.. kira rugi laa kekawan  

Aku seronok sangat.. bila bincang pasal masalah modal nii.. aku suka bawa kekawan.. untuk kita sama-sama perhatikan.. cara Rasullullah berniaga..

Seorang anak yatim piatu.. tak dee mak… tak dee ayah.. bila mak meninggal.. pastu dibesarkan pulak oleh pak sedara. Baginda juga pernah ternak kambing.. dan pernah turut sama ikut pak sedara.. dalam urusan perdagangan

Kat Kota Mekah.. baginda dikenali sebagai Al Amin.. seorang yang jujur.. seorang yang amanah.. seorang yang ikhlas..

Kira pendek kata.. sebut jee nama baginda.. satu Mekah kenal baginda.. seorang yang baik.. sampaikan isteri Baginda Siti Khadijah.. tertarik untuk Rasulluluh uruskan perniagaan dia.. disebabkan oleh peribadi Rasullullah tadi

Kalo kita boleh ambik sikit ikhtibar.. dari kisah Rasululluh nii.. kita akan tahu.. yang Rasullullah nii sebenarnya tak dee modal.. Cuma modal paling besar Rasullullah ialah Al Amin.. Seorang yang dikenali dengan sikap jujur dan amanah.. dan bukan kaki kelentong  

Tuu modal yang paling besar..

Dan kalo kita boleh belajar dari kisah Nabi Muhammad nii.. sebenarnya nak niaga nii.. bukan modal jadi masalah utama.. tetapi lebih penting Al Amin yang ada dalam diri kita

Bila kita ada sikap Al Amin tadi.. tak kisah.. niaga apa pun laa.. Insyaallah semua boleh jalan.. kalo kita tak boleh invest kat hartanah sebab masalah modal.. tapi kita boleh mulakan dengan jadi agent hartanah..

Kalo kita tak dee modal nak niaga emas.. tapi kita boleh mulakan dengan jadi agen emas..  dan macam-macam lagi

Jangan jadikan masalah modal sebagai penghalang.. untuk kita tak niaga.. sebaliknya fikir laa.. apa usaha lain yang boleh kita buat untuk besarkan modal?

Kalo laa bangsa lain yang tak tahu pasal Al Amin nii pun boleh berjaya.. korang rasa.. kita boleh buat tak? Fikir-fikirkan

Klik LIKE tanda belajar

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL