Hari ni aku nak share ngan korang pasal presentation.. aku dengan  saudara Shafie Bustan..  telah dijemput oleh Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (En Daud Otheman) semalam.. untuk bentangkan pandangan kita orang.. sebagai seorang blogger.. “Kenapa belia tak minat pertanian?”

Sesi brainstorming nii.. telah dibuat kat Kompleks Latihan Mardi, Serdang

Takut gak kita orang nak bentang tajuk ni.. maklum laa yang datang tuu.. semua otai otai pertanian.. tiba-tiba lak.. kita orang yang tak tahu pasal pertanian nii.. nak mencelah.. bagi pandangan..

Rasa seram sejuk gak beb

Apa yang kita orang kongsikan semalam ialah.. kalo nak jadikan belia nii suka pertanian.. pertamanya.. mesti ada mentor dalam pertanian dulu.. belia-belia yang berjaya dalam pertanian.. yang jutawan dalam pertanian.. suruh dia orang share pengalaman dia orang . dalam blog.. dalam FB.. dan update selalu perkembangan dia orang

Macam mana dia orang bermula.. macam mana dia jatuh.. macam mana dia urus duit.. macam mana dia buat marketing.. macam mana dia naik balik.. sampai dia berjaya.. sebab belia suka benda-benda macam nii

Aku ambik contoh macam kes Youtube.. kalau kita nak berjaya dengan youtube.. kita ada Najwa Latif.. Yuna.. kalau kita nak berjaya  dalam fotografi.. kita ada Saiful Nang.. kalau kita nak berjaya dengan hartanah.. kita ada abang ensem.. pie2020.. dan ramai lagi.. Cuma kalau kita nak berjaya dengan pertanian.. ramai yang tercari-cari.. info tuu agak kurang sikit

Bila tak ada mentor.. jadi ilmu-ilmu pasal pertanian… yang untung juta-juta tuu.. tak disebarkan..  jadi macam mana belia nak minat  pertanian

Golongan belia nii… mereka suka nombor.. mereka suka figure.. dan gerenti untung.. bukan projek tipu-tipu punya.. akan ramai laa belia yang akan invest..

Selain tuu.. pertanian gak.. kena ada system yang menarik.. supaya kalau belia nii buat pertanian.. keluarkan modal sekian.. gerenti untung sekian.. benda nii belia suka

Malah… kita orang cadangkan supaya mereka yang terlibat dengan pertanian gak.. kena bijak financial.. bijak pusing duit.. untung bertani.. invest kat hartanah.. invest kat benda lain..

Supaya petani-petani nii.. ada pasif income yang banyak.. dan lebih banyak dari perbelanjaan di orang

Pengalaman aku laa.. bukan senang buat pertanian nii.. nak dapat RM1000 –RM 2000.. kalau luas tanah ciput.. susah nak dapat beb

Selain tuu.. kita orang gak.. ada share dengan peserta semalam.. kes-kes study.. real kes.. petani-petani yang terlibat mengusahakan projek lembu.. projek ayam.. tapi pada waktu yang sama.. terlibat dengan hartanah.. dan mereka tuu semua untung besar

Aku tak tahu laa.. apa yang kita orang share semalam tuu.. baik atau tak.. Cuma semua tu pandangan kita orang.. sebagai blogger

Cuma pesan kita orang.. mana yang baik tuu.. ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. letak tepi aa..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL

Popularity: 15% [?]