Hari nii aku nak share ngan korang pasal pasif income.. pasif income nii ialah.. satu usaha yang kita buat sekali jee.. susah sekali jee.. lepas tuu.. duit wajib masuk dalam akaun kita setiap bulan.. sekali pun kita tak mau.. duit tadi tetap gak.. kena masuk dalam akaun kita.. tuu adalah pasif income

Contoh benda-benda.. yang boleh bagi pasif income macam.. rumah sewa.. dividen asb.. dividen tabung haji.. kereta sewa.. kedai sewa.. sewa tanah.. bagi talk.. direct selling.. agent insuran.. penulis buku.. pemuzik.. tulis blog dan lain-lain lagi laa

Pendek kata.. apa sahaja usaha.. yang kita buat sekali jee.. lepas tuu.. terus menerus duit masukkk.. semua tuu.. pasif income

Macam kes kawan aku.. baru nii dia beli rumah kedai 2 tingkat.. kat Shah Alam.. Seksyen – – .. mengadap jalan besar.. dan dah siap ada penyewa.. bumi unit.. market value RM750K.. dia beli 680K.. dia bayar cash.. unit bawah sewa RM2400.. unit atas kosong lagi.. tak de penyewa..  

Macam mana nak kira pasif income kedai nii?

Sewa : unit bawah RM2400 dan katakan unit atas bole sewa RM1000.. jadi total sewa RM3400

Kos : RM680,000

ROI atau return on investment dia : 3400 x 12 / 680,000 x 100 = 6% dan pasif income RM3400

Apa option lain yang dia ada?

Option ke 2.. kalau dia simpan  RM680,000 tadi dalam Tabung haji.. dividen tabung haji selalunya bagi 6.5 / 100 x 680,000 : 44200 setahun.. sebulan 44200/12 : RM3683(pasif income)

Option ke 3.. kalau dia simpan dalam ASB lak.. dividen ASB selalunya 8.0/100 x 680,000 : 54,400 setahun.. sebulan 54400/12 : RM4533 (pasif income)

Option ke 4 dan seterusnya.. aku pun tak tahu.. cecuba korang cadangkan sikit.. sila sila..

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL