Archive for April, 2017

SITUASI :

Salam bro dan salam perkenalan. Nak tanya sikit dengan bro masalah tanah famili kami boleh?

Kami ada masalah pembahagian tanah pusaka. Tanah peninggalan ayah kami di Muar

Luas tanah tu 4 ekar. Kami pulak 4 beradik. 3 lelaki dan 1 perempuan.

Yang lelaki nak bahagi semua tanah tu ikut faraid. Saya pulak nak bahagi secara sama rata.

Mana tak nya bro, masa orang tua saya hidup. Saya yang jaga mereka.

Atas tanah pulak sekarang ini ada rumah, bengkel kereta, bengkel besi, tapak semaian dan macam-macam lagi

Kalau ikut faraid. Semua sempadan tanah akan bertukar-tukar. Sekarang gaduh pasal isu faraid dan akan datang gaduh pasal sempadan pulak bro. Saya serabut sangat bro. Minta pencerahan boleh bro?

TINDAKAN

1. Tahniah puan sebab puan ada tanah pusaka. Tahniah juga sebab puan berusaha untuk uruskan tanah pusaka tadi. Mudah-mudahan ianya memberi kebaikan kepada puan adik beradik dan arwah disana

2. Untuk uruskan tanah pusaka ini seboleh-bolehnya kita lakukan dalam keadaan damai dan harmoni. Tanah kita dapat manakala adik beradik kita rapat

3. Untuk atasi masalah puan, kami mencadangkan supaya puan adakan perbincangan famili. Panggil semua adik beradik puan datang.

4. Cadangkan kepada mereka bagi tanah-tanah arwah yang lain yang tidak ada bangunan atas tanah berkenaan. Bahagilah tanah-tanah tersebut secara faraid.

5. Manakala tanah yang telah ada bangunan seperti rumah, kedai, bengkel dan lain-lain. Bahagi lah tanah tersebut mengikut sempadan usaha masing-masing

6. Caranya begini, setiap adik beradik puan tandakan sempadan tanah masing-masing dengan pancang atau ikut pagar sedia ada

7. Kemudian dapatkan nasihat daripada ma jurukur. Mohon bantuan jurukur untuk datang ke tanah puan bagi mengambil maklumat pancang yang telah family puan tandakan sebelum ini

8. Seterusnya pihak jurukur akan sediakan pelan pra-hitungan yang menunjukkan plot tanah masing-masing. Pelan tersebut perlu mengambil kira rezab jalan dan keperluan lain yang dikehendaki oleh pihak jabatan teknikal

Seterusnya kira luas setiap plot berkenaan

9. Berdasarkan luas setiap plot tersebut. Puan sudah boleh kira share setiap adik beradik. Ia berdasarkan luas usaha masing-masing dibahagi dengan jumlah luas keseluruhan plot. Contohnya A : 4046/16184, B : 4046/16184 dan seterusnya. Next pergi lah ke pejabat pusaka kecil atau agensi berkaitan dengan membawa pelan serta kiraan share tersebut untuk uruskan tanah pusaka berkenaan.

10. Apabila urusan pusaka selesai. Geran yang baru telah keluar dan nama adik beradik puan telah tertera dalam geran

11. Maka lantiklah jurukur yang sama untuk membuat permohonan pecah bahagian tanah.

12. Permohonan tadi pihak jurukur akan hantar kepada pejabat tanah. Apabila permohonan tersebut lulus dan geran individu siap. Maka pada waktu itu tidak ada lagi perselisihan sempadan. Tanda-tanda sempadan yang ditanam akan mengikut usaha masing-masing

13. jadi tidak ada lagi gaduh-gaduh antara adik-beradik. Sempadan tanah jelas. Cukai tanah masing-masing bayar. Nak jual, nak pajak atau nak gadai pun boleh

14. Duit sewa yang adik-adik terima pun jelas. Penyewa pun senang untuk kita urus

15. Kaedah yang sama juga boleh puan lakukan untuk tanah-tanah yang lain juga jika perlu

16. Baik lah puan. Semoga dengan pencerahan ini dapat membantu puan. Salam

Klik SHARE tanda MANFAAT

LANGKAH DEMI LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJUAL TANAH GERAN KONGSI

SITUASI

Saya ada sekeping tanah pusaka di Sepang Luas tanah 5.2 ekar. Terdapat 2 tuan tanah dalam 1 geran. Saya dan pakcik.

Saya punya 2 ekar dan pakcik punya 3 ekar lebih sikit

Saya nak jual tanah bahagian saya tu. Saya dah buat iklan di mudah dan surat khabar. Alhamdulilah ramai orang yang call dan datang tengok. Tapi semua tak jadi

Ramai yang komplen sebab geran kongsi. Ada klien yang dah bayar duit cengkeram pun tapi cancel balik.

Pakcik pulak tak mau bagi kerjasama. Bab-bab duit ni dia agak susah sikit

Jadi apa yang boleh saya buat tuan?

TINDAKAN :

1. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah atas usaha tuan menguruskan tanah peninggalan arwah

2. Kami mencadangkan supaya tuan berbincang dengan pakcik secara baik. Wujudkan suasana menang menang. Tuan untung dan pakcik juga untung

3. Kemudian tandakan di tapak dengan pancang kayu, sempadan tanah masing-masing mengikut usaha

4. Setelah itu dapatkan nasihat dari firma jurukur tanah. Lantik jurukur tersebut untuk membantu tuan membuat permohonan pecah bahagian

5. Pihak jurukur yang dilantik akan datang ke tapak untuk mengambil maklumat pancang-pancang sempadan yang telah tuan tandakan sebelum ini

6. Berdasarkan dari maklumat tersebut. Jurukur akan menyediakan pelan cadangan pecah bahagian

7. Perbincangan akan diadakan antara tuan-tuan tanah untuk menerangkan pelan tersebut

8. Setelah semua tuan tanah bersetuju dan menurunkan tandatangan. Pihak jurukur akan menghantar permohonan tersebut kepada pejabat tanah untuk kelulusan

9. Pada waktu yang sama tuan boleh menghubungi balik klien-klien yang pernah datang atau tunjuk minat pada tanah tuan sebelum ini

10. Terangkan keadaan tanah tuan yang terkini dan tunjukkan pelan yang disediakan oleh pihak jurukur kepada mereka

11. Malah tuan juga boleh mengiklankan balik tanah tuan dimudah.my dan akhbar seperti sebelum ini. Selain itu tuan boleh melantik agen hartanah untuk membantu membuat jualan

12. Pada peringkat ini, pembeli yg berminat dengan tanah tuan boleh membuat bayaran deposit dan menandatangani perjanjian jual beli dengan peguam yang dilantik.

13. Wang tersebut disimpan pada pihak peguam sementara menunggu kelulusan pecah bahagian dari pejabat tanah

14. Apabila geran dari pejabat tanah siap. Maka bermula urusniaga jual beli tanah berkenaan

15. Perbincangan perlu diadakan antara tuan dan pembeli untuk menetapkan tempoh masa urusniaga tersebut contohnya 3 bulan + 1 bulan atau tempoh lain yang dipersetujui bersama

16. Insyaallah dengan langkah ini tuan boleh berjaya menjual tanah tadi

17. Pembeli rasa yakin manakala tuan rasa gembira

Klik SHARE tanda MANFAAT

BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN CARA PECAH SEMPADAN TANAH

SITUASI :

Saya ada sebidang tanah berstatus pertanian. Ukuran tanah ini 3.5 ekar dan berada di Ulu Langat Bt 14.

Saya bercadang untuk membuat pecahan lot rumah lebih kurang 50×80 atau 30×80.

Keadaan tanah masih lagi berhutan. Boleh tuan bagi pandangan langkah2 yang perlu saya ambil. Modal saya tak banyak.

TINDAKAN :

1. Terlebih dahulu kami mencadangkan supaya tuan membuat semakan zoning tanah di jabatan perancang bandar Majlis Perbandaran Kajang

2. Sekiranya zoning tanah adalah pertanian

3. Maka tuan boleh membuat permohonan pecah sempadan tanah kepada 3 plot

4. Luas setiap plot tersebut adalah lebih kurang 1.16 ekar. Kategori tanah pula adalah pertanian

5. Tuan boleh buat kebun yang cantik dengan lanskap yang menarik di atas tanah berkenaan

6. Apabila kebun tersebut telah siap. Dengan luas tanah yang lebih kecil. Ditambah pula dengan 3 geran individu. Maka ianya lebih senang untuk dijual berbanding lot yang besar seperti sebelum ini

7. Bagaimana pun sekiranya zoning tanah tadi adalah bangunan kediaman

8. Maka tuan boleh mandapatkan rundingan dari firma jururancang bandar untuk membuat permohonan kebenaran merancang

9. Dapatkan nasihat dan sebutharga dari firma tersebut terlebih dahulu

10. Buatlah permohonan tukar syarat tanah dan pecah sempadan seperti yang tuan hendaki atas nasihat jururancang bandar

11. Pada waktu sama sediakan kemudahan infra yang lengkap pada tanah tersebut seperti jalan tar, longkang dan lain-lain mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

12. Apabila geran individu telah keluar maka tuan boleh lah jual lot-lot tanah tersebut

13. Selamat maju jaya

Klik SHARE tanda MANFAAT

LANGKAH BAGAIMANA SEORANG BAPAK BOLEH BERI TANAH KEPADA ANAK-ANAK MEREKA

SITUASI :

” Bapak saya ada sekeping tanah pertanian. Lokasi tanah tersebut di Pulau Indah. Keluasan tanah pula 3 ekar.

Terdapat 2 tuan tanah dalam geran berkenaan. Bapak saya bercadang nak bagi tanah bahagian beliau kepada kami 4 beradik. Apa yang boleh bapak saya buat? ”

TINDAKAN :

1. Bapak boleh melantik firma jurukur untuk membuat permohonan pecah bahagian tanah. Tujuan permohonan ini bagi mendapatkan geran individu bagi setiap tuan tanah A dan B

2. Setelah bapak memperolehi geran individu. Bapak mempunyai beberapa pilihan :

+ Bapak boleh melantik perunding untuk mohon menukar syarat tanah beliau kepada bangunan kediaman. Setelah selesai, bapak boleh membuat proses pindahmilik tanah dari nama bapak kepada 4 anak beliau

+ Bapak boleh membuka syarikat Sdn Bhd. Pengarah kepada syarikat tersebut adalah 4 orang anak beliau. Kemudian bapak boleh membuat proses pindahmilik dari nama bapak kepada syarikat sdn bhd tadi

+ Bapak boleh melantik peguam untuk membuat surat ikatan amanah. Bapak sebagai pemegang amanah kepada 4 orang anak-anak beliau

+ Bapak boleh melantik perunding untuk mohon tukar syarat dan pecah sempadan tanah. Apabila geran individu diperolehi. Bapak boleh buat proses pindahmilik dari nama bapak kepada nama setiap anak-anak beliau

+ Bapak boleh jual tanah tersebut. Duit untung hasil jualan tanah boleh diberikan kepada 4 orang anak beliau. Duit tersebut boleh dijadikan sebagai downpayment untuk invest property lain yang lebih bagus

Klik SHARE tanda MANFAAT