SITUASI :

Saya ada sebidang tanah berstatus pertanian. Ukuran tanah ini 3.5 ekar dan berada di Ulu Langat Bt 14.

Saya bercadang untuk membuat pecahan lot rumah lebih kurang 50×80 atau 30×80.

Keadaan tanah masih lagi berhutan. Boleh tuan bagi pandangan langkah2 yang perlu saya ambil. Modal saya tak banyak.

TINDAKAN :

1. Terlebih dahulu kami mencadangkan supaya tuan membuat semakan zoning tanah di jabatan perancang bandar Majlis Perbandaran Kajang

2. Sekiranya zoning tanah adalah pertanian

3. Maka tuan boleh membuat permohonan pecah sempadan tanah kepada 3 plot

4. Luas setiap plot tersebut adalah lebih kurang 1.16 ekar. Kategori tanah pula adalah pertanian

5. Tuan boleh buat kebun yang cantik dengan lanskap yang menarik di atas tanah berkenaan

6. Apabila kebun tersebut telah siap. Dengan luas tanah yang lebih kecil. Ditambah pula dengan 3 geran individu. Maka ianya lebih senang untuk dijual berbanding lot yang besar seperti sebelum ini

7. Bagaimana pun sekiranya zoning tanah tadi adalah bangunan kediaman

8. Maka tuan boleh mandapatkan rundingan dari firma jururancang bandar untuk membuat permohonan kebenaran merancang

9. Dapatkan nasihat dan sebutharga dari firma tersebut terlebih dahulu

10. Buatlah permohonan tukar syarat tanah dan pecah sempadan seperti yang tuan hendaki atas nasihat jururancang bandar

11. Pada waktu sama sediakan kemudahan infra yang lengkap pada tanah tersebut seperti jalan tar, longkang dan lain-lain mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

12. Apabila geran individu telah keluar maka tuan boleh lah jual lot-lot tanah tersebut

13. Selamat maju jaya

Klik SHARE tanda MANFAAT