SITUASI

Saya ada sekeping tanah pusaka di Sepang Luas tanah 5.2 ekar. Terdapat 2 tuan tanah dalam 1 geran. Saya dan pakcik.

Saya punya 2 ekar dan pakcik punya 3 ekar lebih sikit

Saya nak jual tanah bahagian saya tu. Saya dah buat iklan di mudah dan surat khabar. Alhamdulilah ramai orang yang call dan datang tengok. Tapi semua tak jadi

Ramai yang komplen sebab geran kongsi. Ada klien yang dah bayar duit cengkeram pun tapi cancel balik.

Pakcik pulak tak mau bagi kerjasama. Bab-bab duit ni dia agak susah sikit

Jadi apa yang boleh saya buat tuan?

TINDAKAN :

1. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah atas usaha tuan menguruskan tanah peninggalan arwah

2. Kami mencadangkan supaya tuan berbincang dengan pakcik secara baik. Wujudkan suasana menang menang. Tuan untung dan pakcik juga untung

3. Kemudian tandakan di tapak dengan pancang kayu, sempadan tanah masing-masing mengikut usaha

4. Setelah itu dapatkan nasihat dari firma jurukur tanah. Lantik jurukur tersebut untuk membantu tuan membuat permohonan pecah bahagian

5. Pihak jurukur yang dilantik akan datang ke tapak untuk mengambil maklumat pancang-pancang sempadan yang telah tuan tandakan sebelum ini

6. Berdasarkan dari maklumat tersebut. Jurukur akan menyediakan pelan cadangan pecah bahagian

7. Perbincangan akan diadakan antara tuan-tuan tanah untuk menerangkan pelan tersebut

8. Setelah semua tuan tanah bersetuju dan menurunkan tandatangan. Pihak jurukur akan menghantar permohonan tersebut kepada pejabat tanah untuk kelulusan

9. Pada waktu yang sama tuan boleh menghubungi balik klien-klien yang pernah datang atau tunjuk minat pada tanah tuan sebelum ini

10. Terangkan keadaan tanah tuan yang terkini dan tunjukkan pelan yang disediakan oleh pihak jurukur kepada mereka

11. Malah tuan juga boleh mengiklankan balik tanah tuan dimudah.my dan akhbar seperti sebelum ini. Selain itu tuan boleh melantik agen hartanah untuk membantu membuat jualan

12. Pada peringkat ini, pembeli yg berminat dengan tanah tuan boleh membuat bayaran deposit dan menandatangani perjanjian jual beli dengan peguam yang dilantik.

13. Wang tersebut disimpan pada pihak peguam sementara menunggu kelulusan pecah bahagian dari pejabat tanah

14. Apabila geran dari pejabat tanah siap. Maka bermula urusniaga jual beli tanah berkenaan

15. Perbincangan perlu diadakan antara tuan dan pembeli untuk menetapkan tempoh masa urusniaga tersebut contohnya 3 bulan + 1 bulan atau tempoh lain yang dipersetujui bersama

16. Insyaallah dengan langkah ini tuan boleh berjaya menjual tanah tadi

17. Pembeli rasa yakin manakala tuan rasa gembira

Klik SHARE tanda MANFAAT