SITUASI :

Salam bro dan salam perkenalan. Nak tanya sikit dengan bro masalah tanah famili kami boleh?

Kami ada masalah pembahagian tanah pusaka. Tanah peninggalan ayah kami di Muar

Luas tanah tu 4 ekar. Kami pulak 4 beradik. 3 lelaki dan 1 perempuan.

Yang lelaki nak bahagi semua tanah tu ikut faraid. Saya pulak nak bahagi secara sama rata.

Mana tak nya bro, masa orang tua saya hidup. Saya yang jaga mereka.

Atas tanah pulak sekarang ini ada rumah, bengkel kereta, bengkel besi, tapak semaian dan macam-macam lagi

Kalau ikut faraid. Semua sempadan tanah akan bertukar-tukar. Sekarang gaduh pasal isu faraid dan akan datang gaduh pasal sempadan pulak bro. Saya serabut sangat bro. Minta pencerahan boleh bro?

TINDAKAN

1. Tahniah puan sebab puan ada tanah pusaka. Tahniah juga sebab puan berusaha untuk uruskan tanah pusaka tadi. Mudah-mudahan ianya memberi kebaikan kepada puan adik beradik dan arwah disana

2. Untuk uruskan tanah pusaka ini seboleh-bolehnya kita lakukan dalam keadaan damai dan harmoni. Tanah kita dapat manakala adik beradik kita rapat

3. Untuk atasi masalah puan, kami mencadangkan supaya puan adakan perbincangan famili. Panggil semua adik beradik puan datang.

4. Cadangkan kepada mereka bagi tanah-tanah arwah yang lain yang tidak ada bangunan atas tanah berkenaan. Bahagilah tanah-tanah tersebut secara faraid.

5. Manakala tanah yang telah ada bangunan seperti rumah, kedai, bengkel dan lain-lain. Bahagi lah tanah tersebut mengikut sempadan usaha masing-masing

6. Caranya begini, setiap adik beradik puan tandakan sempadan tanah masing-masing dengan pancang atau ikut pagar sedia ada

7. Kemudian dapatkan nasihat daripada ma jurukur. Mohon bantuan jurukur untuk datang ke tanah puan bagi mengambil maklumat pancang yang telah family puan tandakan sebelum ini

8. Seterusnya pihak jurukur akan sediakan pelan pra-hitungan yang menunjukkan plot tanah masing-masing. Pelan tersebut perlu mengambil kira rezab jalan dan keperluan lain yang dikehendaki oleh pihak jabatan teknikal

Seterusnya kira luas setiap plot berkenaan

9. Berdasarkan luas setiap plot tersebut. Puan sudah boleh kira share setiap adik beradik. Ia berdasarkan luas usaha masing-masing dibahagi dengan jumlah luas keseluruhan plot. Contohnya A : 4046/16184, B : 4046/16184 dan seterusnya. Next pergi lah ke pejabat pusaka kecil atau agensi berkaitan dengan membawa pelan serta kiraan share tersebut untuk uruskan tanah pusaka berkenaan.

10. Apabila urusan pusaka selesai. Geran yang baru telah keluar dan nama adik beradik puan telah tertera dalam geran

11. Maka lantiklah jurukur yang sama untuk membuat permohonan pecah bahagian tanah.

12. Permohonan tadi pihak jurukur akan hantar kepada pejabat tanah. Apabila permohonan tersebut lulus dan geran individu siap. Maka pada waktu itu tidak ada lagi perselisihan sempadan. Tanda-tanda sempadan yang ditanam akan mengikut usaha masing-masing

13. jadi tidak ada lagi gaduh-gaduh antara adik-beradik. Sempadan tanah jelas. Cukai tanah masing-masing bayar. Nak jual, nak pajak atau nak gadai pun boleh

14. Duit sewa yang adik-adik terima pun jelas. Penyewa pun senang untuk kita urus

15. Kaedah yang sama juga boleh puan lakukan untuk tanah-tanah yang lain juga jika perlu

16. Baik lah puan. Semoga dengan pencerahan ini dapat membantu puan. Salam

Klik SHARE tanda MANFAAT