MACAM MANA NAK KIRA PASIF INCOME?

Hari nii aku nak share ngan korang pasal pasif income.. pasif income nii ialah.. satu usaha yang kita buat sekali jee.. susah sekali jee.. lepas tuu.. duit wajib masuk dalam akaun kita setiap bulan.. sekali pun kita tak mau.. duit tadi tetap gak.. kena masuk dalam akaun kita.. tuu adalah pasif income

Contoh benda-benda.. yang boleh bagi pasif income macam.. rumah sewa.. dividen asb.. dividen tabung haji.. kereta sewa.. kedai sewa.. sewa tanah.. bagi talk.. direct selling.. agent insuran.. penulis buku.. pemuzik.. tulis blog dan lain-lain lagi laa

Pendek kata.. apa sahaja usaha.. yang kita buat sekali jee.. lepas tuu.. terus menerus duit masukkk.. semua tuu.. pasif income

Macam kes kawan aku.. baru nii dia beli rumah kedai 2 tingkat.. kat Shah Alam.. Seksyen – – .. mengadap jalan besar.. dan dah siap ada penyewa.. bumi unit.. market value RM750K.. dia beli 680K.. dia bayar cash.. unit bawah sewa RM2400.. unit atas kosong lagi.. tak de penyewa..  

Macam mana nak kira pasif income kedai nii?

Sewa : unit bawah RM2400 dan katakan unit atas bole sewa RM1000.. jadi total sewa RM3400

Kos : RM680,000

ROI atau return on investment dia : 3400 x 12 / 680,000 x 100 = 6% dan pasif income RM3400

Apa option lain yang dia ada?

Option ke 2.. kalau dia simpan  RM680,000 tadi dalam Tabung haji.. dividen tabung haji selalunya bagi 6.5 / 100 x 680,000 : 44200 setahun.. sebulan 44200/12 : RM3683(pasif income)

Option ke 3.. kalau dia simpan dalam ASB lak.. dividen ASB selalunya 8.0/100 x 680,000 : 54,400 setahun.. sebulan 54400/12 : RM4533 (pasif income)

Option ke 4 dan seterusnya.. aku pun tak tahu.. cecuba korang cadangkan sikit.. sila sila..

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL AHLAN

Hari ni aku share dengan korang pasal versi penulisan lak.. bukan apa kekawan.. sebab tadi aku sempat borak panjang lebar dengan mentor aku.. kita orang bincang.. pasal halatuju penulisan aku.. untuk versi kali nii

Menurut mentor aku.. apa yang dia perhatikan.. masalah utama dikalangan kita sekarang nii.. mereka yang invest kat emas.. invest kat hartanah.. invest kat saham.. invest kat bisnes dan lain-lain.. sebenarnya.. ramai yang tak clear.. apa  matlamat.. yang mereka nak capai

Kita tak tahu nak kira pasif income? Kita tak tahu berapa pasif income yang perlu kita ada?.. kita tak tahu berapa jumlah zakat yang perlu kita bayar?.. kita tak tahu berapa jumlah sedekah yang perlu kita infakkan? Kita tak tahu berapa jumlah simpanan tunai yang perlu kita ada? Kita tak tahu bila waktu terbaik untuk tambah sedekah.. kita tak tahu siapa mentor bisnes yang terbaik yang perlu kita ikut?

Bila asas pelaburan tak kukuh.. dan matlamat tak clear.. kita akan teraba-raba bro.. kita akan jadi pak turut.. orang invest.. kita invest.. orang buat untung.. kita rugi katak

Untuk tuu.. insyaallah kali nii.. versi penulisan aku.. aku akan banyak focus.. bincang masalah-masalah kat atas tuu.. share pengalaman aku sendiri.. dan jalan penyelesaian yang terbaik.. insyaallah

Jadi aku nak survey sikit.. berapa ramai kat sini.. yang nak belajar sesuatu.. dari pengalaman aku?

Klik LIKE tanda sokongan

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL AHLAN

DARI BLOGGER… NAK JADI PETANI

Hari ni aku nak share ngan korang pasal presentation.. aku dengan  saudara Shafie Bustan..  telah dijemput oleh Pengarah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (En Daud Otheman) semalam.. untuk bentangkan pandangan kita orang.. sebagai seorang blogger.. “Kenapa belia tak minat pertanian?”

Sesi brainstorming nii.. telah dibuat kat Kompleks Latihan Mardi, Serdang

Takut gak kita orang nak bentang tajuk ni.. maklum laa yang datang tuu.. semua otai otai pertanian.. tiba-tiba lak.. kita orang yang tak tahu pasal pertanian nii.. nak mencelah.. bagi pandangan..

Rasa seram sejuk gak beb

Apa yang kita orang kongsikan semalam ialah.. kalo nak jadikan belia nii suka pertanian.. pertamanya.. mesti ada mentor dalam pertanian dulu.. belia-belia yang berjaya dalam pertanian.. yang jutawan dalam pertanian.. suruh dia orang share pengalaman dia orang . dalam blog.. dalam FB.. dan update selalu perkembangan dia orang

Macam mana dia orang bermula.. macam mana dia jatuh.. macam mana dia urus duit.. macam mana dia buat marketing.. macam mana dia naik balik.. sampai dia berjaya.. sebab belia suka benda-benda macam nii

Aku ambik contoh macam kes Youtube.. kalau kita nak berjaya dengan youtube.. kita ada Najwa Latif.. Yuna.. kalau kita nak berjaya  dalam fotografi.. kita ada Saiful Nang.. kalau kita nak berjaya dengan hartanah.. kita ada abang ensem.. pie2020.. dan ramai lagi.. Cuma kalau kita nak berjaya dengan pertanian.. ramai yang tercari-cari.. info tuu agak kurang sikit

Bila tak ada mentor.. jadi ilmu-ilmu pasal pertanian… yang untung juta-juta tuu.. tak disebarkan..  jadi macam mana belia nak minat  pertanian

Golongan belia nii… mereka suka nombor.. mereka suka figure.. dan gerenti untung.. bukan projek tipu-tipu punya.. akan ramai laa belia yang akan invest..

Selain tuu.. pertanian gak.. kena ada system yang menarik.. supaya kalau belia nii buat pertanian.. keluarkan modal sekian.. gerenti untung sekian.. benda nii belia suka

Malah… kita orang cadangkan supaya mereka yang terlibat dengan pertanian gak.. kena bijak financial.. bijak pusing duit.. untung bertani.. invest kat hartanah.. invest kat benda lain..

Supaya petani-petani nii.. ada pasif income yang banyak.. dan lebih banyak dari perbelanjaan di orang

Pengalaman aku laa.. bukan senang buat pertanian nii.. nak dapat RM1000 –RM 2000.. kalau luas tanah ciput.. susah nak dapat beb

Selain tuu.. kita orang gak.. ada share dengan peserta semalam.. kes-kes study.. real kes.. petani-petani yang terlibat mengusahakan projek lembu.. projek ayam.. tapi pada waktu yang sama.. terlibat dengan hartanah.. dan mereka tuu semua untung besar

Aku tak tahu laa.. apa yang kita orang share semalam tuu.. baik atau tak.. Cuma semua tu pandangan kita orang.. sebagai blogger

Cuma pesan kita orang.. mana yang baik tuu.. ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. letak tepi aa..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT PASIF INCOME, INGAT HAFIZAL

AKU CUBA SEMBUNYI.. AKU CUBA DIAM.. AKHIRNYA.. AKU TAK BOLE TAHAN

Korang nak tau.. sejak dua menjak ni.. aku cuba pujuk diri aku.. aku cuba pujuk.. tak mau lagi tulis blog.. tak mau lagi share.. cerita-cerita pasal tanah lagi.. tak mau share pasal investment investment nii.. aku cuba nak dok diam jee

Korang nak tahu.. lagi aku cuba nak sembunyi diri.. lagi macam-macam pengalaman tanah aku terima.. macam–macam masalah tanah aku jumpa.. ayooooo

Dan aku rasa.. pengalaman-pengalaman nii.. bila aku tak syer ngan orang lain.. aku rasa tertekan broo.. bukan tuu jee.. benda nii gak buat diri aku jadi kacau broo.. he he he.. kepala otak jadi menggelegak broo.. berdenyut-denyut kepala jadinya.. he he he

Jadikan.. hari nii aku blaja satu benda.. kalo laa kita ada pengalaman.. pengalaman tuu.. kita asyik pendam jee.. asyik simpan jee.. lama-lama bole jadi barah broo.. he he he

Selain tuu.. kalo aku mati.. pengalaman tadi akan terkubur.. dan pengalaman aku tak bole bagi manfaat.. pada orang lain

Jadi.. insyallah lepas nii.. aku kena rajin-rajin update blog.. biar semua pengalaman tanah aku nii.. aku bole muat turun dalam blog buruk nii

Klik “LIKE” tanda sokongan

INGAT TANAH, INGAT HAFIZAL AHLAN

BUKAN GAGAL. TAPI BELAJAR DARI KESILAPAN

Hari nii aku nak share ngan korang lak pasal “silap melabur”..  apa yang aku maksudkan ialah macam nii..

Kita salah pilih lokasi hartanah.. akibat dia nilai hartanah tak naik.. sewa susah..

Kita salah beli saham.. akibat dia kita rugi katak..

Kita salah beli tanah.. tanah yang kita beli tak boleh nak tukar syarat..    

Korang ada tak pengalaman buat salah yang lebih kurang macam ni? Pedihkan.. aku percaya.. susah sangat nak gambarkan perasaan tuu kan 

Bukan rugi sikit-sikit.. kadang-kadang tuu cecah juta ringgit 

Dan lebih teruk lagi.. bila kawan-kawan.. bila isteri.. bila family.. semua hamtam kita.. kutuk kita kaw-kaw.. lagi laa sedih kan.. rasa geram jee kan 

Kita melabur sebab nak ubah nasib keluarga.. sebaliknya benda lain yang kita dapat.. 

Bagi korang ada pengalaman macam nii.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. stop dulu dari melabur.. ambik sikit masa.. kasi sikit tenang.. solat dan muhasabah diri 

Nii laa waktu terbaik untuk kita kenal diri kita sendiri.. nii laa masa terbaik untuk belajar sesuatu yang baru.. dan ni la waktu terbaik untuk asuh otak untuk berfikir 

Jangan kita marah-marah.. dan jangan rasa diri drop.. jangan cakap kita gagal.. sebaliknya katakan.. “Aku belajar 1000 teknik yang kurang tepat untuk bina kekayaan” 

Kalo laa syarikat yang diurus oleh mereka yang pakar.. syarikat tersenarai dalam BSKL pun bole rugi…. apa sangat laa kita nii.. pelabur cabuk.. betoi tak kekawan? 

Pengalaman aku.. untuk kita bangkit balik.. bagus jumpa mentor.. bincang dengan mentor..  kaji kesilapan kita.. dan bincang cara terbaik untuk kurangkan  kerugian tadi 

Solat.. doa.. baca Quran.. mengaku pada Allah yang kita nii tak pandai.. kita tak cerdik.. kita nii bodoh.. mohon sesungguh.. agar Allah bagi jalan keluar 

Pada waktu yang sama.. belajar main game CASHFLOW101.. main banyak kali.. main dengan mentor.. sampai kita expert.. sambil tuu.. baca buku motivasi 

Lepas tuu fokus pelaburan kita kepada pasif income.. dan bukan kepada capital gain.. maksud aku.. focus kepada usaha yang kita susah sekali.. penat sekali.. lepas tuu.. kita makan untung jeee.. tak kisah laa.. macam invest rumah sewa.. bagi talk.. buat seminar.. tulis blog.. focus kat dividen amanah saham.. jadi agen hartanah.. MLM dan lain-lain 

Percaya laa kekawan.. mereka yang pernah rasa gagal jee.. mereka nii akan lebih pandai bersyukur 

Klik LIKE tanda setuju 

Ok laa kekawan.. salam 

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

PERCAYA LAH.. TAK DEE MODAL PUN BOLEH NIAGA

Harii nii aku nak share ngan korang pasal “modal berniaga”.. ye laaa.. tak kisah laa sebesar mana bisnes kita.. dan sekecik mana pun pelaburan kita.. semua tuu nak kena pakai modal

Dan lebih penting lagi.. bila kita dah start niaga.. kita kena pastikan pulak.. yang modal pusingan nak bayar gaji pekerja.. nak beli barang.. nak bayar sewa opis dan lelain.. semua tuu nak kena ada..  

Disebabkan benda nii.. ramai usahawan kita.. bila nak niaga jee.. mereka akan jemmm.. alasan dia orang.. “tak dee modal nak niaga” dan lelain lagi

Akibat dia.. banyak idea bisnes yang best-best.. bole untung banyak.. akan terkubur macam tuu jee.. kira rugi laa kekawan  

Aku seronok sangat.. bila bincang pasal masalah modal nii.. aku suka bawa kekawan.. untuk kita sama-sama perhatikan.. cara Rasullullah berniaga..

Seorang anak yatim piatu.. tak dee mak… tak dee ayah.. bila mak meninggal.. pastu dibesarkan pulak oleh pak sedara. Baginda juga pernah ternak kambing.. dan pernah turut sama ikut pak sedara.. dalam urusan perdagangan

Kat Kota Mekah.. baginda dikenali sebagai Al Amin.. seorang yang jujur.. seorang yang amanah.. seorang yang ikhlas..

Kira pendek kata.. sebut jee nama baginda.. satu Mekah kenal baginda.. seorang yang baik.. sampaikan isteri Baginda Siti Khadijah.. tertarik untuk Rasulluluh uruskan perniagaan dia.. disebabkan oleh peribadi Rasullullah tadi

Kalo kita boleh ambik sikit ikhtibar.. dari kisah Rasululluh nii.. kita akan tahu.. yang Rasullullah nii sebenarnya tak dee modal.. Cuma modal paling besar Rasullullah ialah Al Amin.. Seorang yang dikenali dengan sikap jujur dan amanah.. dan bukan kaki kelentong  

Tuu modal yang paling besar..

Dan kalo kita boleh belajar dari kisah Nabi Muhammad nii.. sebenarnya nak niaga nii.. bukan modal jadi masalah utama.. tetapi lebih penting Al Amin yang ada dalam diri kita

Bila kita ada sikap Al Amin tadi.. tak kisah.. niaga apa pun laa.. Insyaallah semua boleh jalan.. kalo kita tak boleh invest kat hartanah sebab masalah modal.. tapi kita boleh mulakan dengan jadi agent hartanah..

Kalo kita tak dee modal nak niaga emas.. tapi kita boleh mulakan dengan jadi agen emas..  dan macam-macam lagi

Jangan jadikan masalah modal sebagai penghalang.. untuk kita tak niaga.. sebaliknya fikir laa.. apa usaha lain yang boleh kita buat untuk besarkan modal?

Kalo laa bangsa lain yang tak tahu pasal Al Amin nii pun boleh berjaya.. korang rasa.. kita boleh buat tak? Fikir-fikirkan

Klik LIKE tanda belajar

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL