Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. bukan apa kekawan.. sebab hujung minggu yang baru nii.. aku ada 4 sesi Teh Tarik dengan kekawan blog..
Hari Sabtu.. belah pagi aku ada kat Cheras.. dengan group abang J.. dan belah petang.. aku ada kat Bangi lak.. dengan group Kak N
Manakala hari Ahad lak.. belah pagi aku kat Banting.. bersama group Kak A.. dan belah petang lak.. aku bersama group Saudara H kat Bangi
Mereka tuu semua.. dah otai-otai beb.. dah berumur bro.. kira bila bincang pasal tanah tanih nii.. terasa diri aku ini jee.. yang masih muda remaja.. he he
Apa yang berlaku sebenarnya ialah macam nii.. dia orang tuu semua adalah kekawan blog kita.. dan mereka ada masalah tanah.. ada yang tanah mereka terlibat dengan pengambilan balik oleh projek MRT.. ada yang beli tanah cara kongsi-kongsi.. ada yang gaduh dengan jiran pasal tanah.. dan ada yang terceroboh tanah jiran.. macam-macam daa
Jadi sebelum nii.. dia orang ada hubungi aku.. pastu dia orang bagi tau laa.. masalah tanah dia orang tuu.. jadi aku apa lagi.. mintak laa dia orang tuu.. fax atau email salinan geran tanah kat aku
Dari maklumat yang dia orang bagi.. apa lagi.. kita orang pun buat laa semakan kat semua jabatan teknikal.. semak tuu.. semak nii.. semua kita orang semak broo.. pastu kita orang set laa satu masa.. dan buat laa sesi perbincangan..
Masa sesi perbincangan tuu.. ramai laa yang datang broo.. bukan takad mereka yang terlibat dengan tanah berkenaan jee yang datang.. tapi yang kekawan lain gak.. jiran-jiran mereka jugak.. yang ada masalah tanah.. dia orang pun turut datang sekali.. dan kita orang bincang sekali laa
Enjoy betoi aku buat aktiviti nii broo.. aku seronok sangat buat benda nii.. syoookkk broo..
Kalo sebelum nii.. aku hanya share pengalaman pasal tanah tanih nii.. melalui blog.. melalui FB.. melalui talk.. tapi bagi tahun 2012 nii.. kita ubah sikit cara.. melalui perbincangan lak..
Mereka yang ada masalah tanah.. bole bagi info kat aku.. pastu aku akan buat semakan.. pastu kita set satu masa.. pastu aku datang tempat korang.. pastu kita bincang sama-sama masalah tanah tadi..
Aku tak tau laa.. samada apa yang aku buat nii.. baik atau tak.. tapi matlamat aku… aku try.. aku cuba sedaya upaya aku.. untuk share info pasal tanah tanih nii dengan kekawan semua..
Kita tak mau lagi.. masalah tanah tanih membelenggu korang.. mengganggu family korang.. meretakkan hubungan kekeluarga korang.. sebaliknya kita mau.. potensi tanah korang tadi dioptimumkan sepenuhnya
Kalo bangsa lain bole berjaya dengan tanah.. untung juta-juta dengan tanah.. korang rasa.. kita bole buat tak? Jom fikir-fikirkan
Ok laa kekawan.. salam
INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL
Popularity: 6% [?]


