Semua orang terkejut, dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.Termasuk lah aku, terkejut beruk beb.. heheh. Mana-mana aku pergi, hari ni semua orang bercakap benda yang sama. Macam-macam idea keluar. Ada yang bercadang nak tukar motor, nak naik basikal, nak naik komuter, nak tukar ngv and macam-macam lagi.

Pada aku, kalau lah kerajaan nak naikkan harga minyak, biarlah berperingkat-peringkat. Aku yakin rakyat akan faham keadaan harga minyak dunia sekarang. Tapi bila buat cara drastik macam ni, rakyat akan hangit satu badan. Kita akan susah, inflasi naik, budget lari beb. Tapi bila harga minyak naik ni, mesti ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi.

Kenapa harga minyak naik? Semua ni spekulasi yang dibuat oleh Amerika. Harga minyak samada naik atau turun, dia orang tentukan.

Kenapa Amerika naikkan harga minyak? Sebabnya stok minyak dalam negara dia dah cukup. Lepas tu bila Amerika serang Afganistan & Iraq. Dia orang pakai duit banyak. Jadi sekarang waktu terbaik untuk collect duit balik. Selain tu, tok-tok Sheikh Arab kita pun buat duit

Jadi Malaysia sebagai pengeluar minyak buat duit jugak kan? Ye, tapi soalan nya mana duit untung yang Petronas dapat tu ekk (korang fikir lah sendiri)

Sebenarnya berapa harga minyak dunia? Tak lah mahal sangat, dalam US60-70 setong jee atau mungkin lebih murah dari tu

Aku malas nak fikir kesan buruk, poning kepala aku. aku nak tau jalan keluar. Apa perlu kita buat sekarang? Bagus kita susun balik budget kita. Kalau dulu boleh tengok wayang, melancong. Sekarang kena berbelanja dengan bijak. Yang penting kita mesti tengok peluang… peluang… peluang.

Peluang macam mana? Kita kena tengok dari sudut positif dari apa yang berlaku. Aku ambik contoh, orang yang noreh getah, senyum lebar bila harga minyak naik, sebab getah tiruan lebih mahal dari getah asli. Jadi permintaan getah asli naik gak.

Lagi peluang apa ada? Emmmm… Jom kita tengok keperluan manusia. Semua orang akan makan, pakai, tempat tinggal, naik kenderaan, pelajaran anak-anak, bank, kesihatan dan lain-lain lagi lah.

Ko rasa mana yang paling boom? Dah tentu industri kenderaan. Sapa jual motor, ngv dan seangkatannya. Boleh la buat duit. Lepas tu aku rasa industri pertanian @ makanan. Sebab selain masalah harga minyak, sekarang ni dunia hadapi krisis makanan global. Kita kena rebut peluang kat sini.

Jom kongsi idea.. apa peluang lain yang boleh kita rebut…