Archive for June 11th, 2008

KAJIAN : MACAM MANA NAK DAPATKAN SUMBER KEWANGAN?

Ni antara senarai ringkas yang boleh aku dapatkan modal untuk beli hartanah

1. Simpanan ASB (boleh diterima)

2. Keluarkan duit KWSP (boleh diterima)

3. Pinjam dari bank (idea semua orang tau)

4. Nilai tunai dari polisi insurans aku (baru je beli insurans)

5. Pinjaman dari kerajaan (aku bisnes sendiri daa)

6. Pinjaman dari majikan ( dah sah kena pakai duit aku sediri)

7. Re-mortgage rumah aku ( aku baru jee beli rumah)

8. Pinjaman dari ibu bapa ( boleh diterima)

9. Gadaijanji rumah mak (mau kena marah dengan family.. hehehe)

Aku kena tukar konsep, yang mana amalkan kemewahan tertunggak untuk mencapai matlamat aku dengan lebih cepat. Ayoo baru aku faham apa itu kreatif kewangan sekarang.. heheh

KENAPA PERLU OD?

Aku dapat idea ni dari PIE2020.com. Kreatif lah ko Pie

1. interest ikut BLR …. 6.75% per annum…. daily interest…

2. interest lebih rendah compare dgn credit card ….(18% per annum)

3. OD boleh apply dengan menggunakan sijil ASB…. setiap tahun kita still dapat dividend asb…….

4. Dividend ASB boleh digunakan semula untuk membayar interest yang dikenakan dari penggunaan OD.

5. Boleh grab peluang peluang yang ada…. kerana kita sentiasa ada duit…. contohnya…. kalau ada orang yang terdesak hendak jual rumah …. atau apa saja barang yg bernilai .. yang jauh lebih murahh…. kita boleh gunakan duit OD utk membeli barang tersebut…. dan menjual semula dengan mengambil keuntungan…

6. OD juga boleh digunakan untuk beli saham blue chip….kerana ianya stabil…. beli pada harga yg rendah. .. hold sekejap … dan juall pada harga yang tinggi …….keuntungan dari share jauh lebih banyak kalau hendak dibandingkan dengan dividen ASB

7. OD boleh digunakan untuk menambah asset…. contohnyaa… downpayment rumahh… atau pun beli rumah cash…. selepas itu finance rumah tersebut mengikut market price. Contoh… beli rumah RM50k ….menggunakan duit OD….then finance ikut market price RM70K…….kita boleh dapat extra cash RM20k … as long as rental cover installment di bank … kita tak perlu risau kerana setiap bulan tenant akan bayar kan installment tersebut…

8. Yang ini paling bestt ….dengan syarat ASB kita ada RM200k …. kita boleh beli kete or motor idaman dengan freee saja …. Contohnyee…. ada ASB RM200k … dan sijil asb tersebut dicagarkan ke bank untuk apply OD….. kita gunakan OD tersebutt untuk bayarr installment kete …..kata lah kita beli wish…..bulanan RM1200….dividend setiap tahun cukup untuk bayar installment kete… di samping OD ada stand by utk grab apa apa investment opportunity yg menjamin return yang berbaloii …

Pilihan terbaik yang aku ada, untuk invest dalam properties ni, aku akan gunakan duit simpanan ASB aku. Caranya aku ikut formula Pie2020. Buat OD.. OD.. ASB aku dalam bentuk buku, tukarkan simpanan aku dari bentuk buku kepada bentuk sijil. Boleh buat kat PNB. Dari sijil tu aku buat OD kat RHB Bank atau CIMB. RHB bagi BLR – 0, tapi CIMB bagi BLR – 1.0. Tak pee nanti aku bandingkan mana yang lebih bagus

KAJIAN : KENAPA PERLU INVEST DALAM PROPERTIES?

Bila aku fikir-fikir, aku tengok diri aku. Sebenarnya aku minat sangat dalam bidang properties ni. Jadi sebelum aku invest dalam properties. Aku kena buat kajian mendalam. Sebabnya takut nanti kalau main ikut jee, jadi pak turut je, aku akan rugi.

Ok lah kenapa perlu invest dalam properties? Terbukti orang kaya di dunia ni mesti terlibat dengan pelaburan hartanah misalnya Donald Trump, Ray Kroc (Mc Donald), Ted Turner, Hj Samuri, Pie, Li Ka Shing, Lim Goh Tong, Boon Siew dan lain-lain. Objektif utama pelaburan hartanah untuk dapatkan 1. Capital Gain (keuntungan capital) 2. Pendapatan Pasif

Faedah yang boleh aku dapat hasil pelaburan hartanah ni adalah hartanah sentiasa punyai nilai, pagar kepada inflasi, aku sediakan tempat tinggal kepada orang lain, excellent leverage, bahan cagaran yang baik kepada bank, jaminan masa depan sebab hartanah tadi, aku boleh jual, refinance, sewa atau OD. Kita boleh bangga bila banyak hartanah , jangan sampai riak sudah lah, heheh, aku boleh mengawal sepenuhnya pelaburan aku dan jalan pasti ke arah kemewahan. Ok sekarang dah faham dah … heheh

Pegangan hartanah pulak ada freehold, leasehold, rezab melayu, Jenis mengikut kegunaan contohnya penempatan, komersial, industri, pertanian. Aku akan beli hartanah yang freehold. Kalau nak capital appreciation aku kena beli hartanah bertanah. Kalau tak aku boleh beli condo atau apartmen. Pastikan saiz rumah yang aku beli sederhana, paling bagus lebih 800 kp

IDEA NABHAN (GABAN)

Hari ni jumpa Nabhan, atau nama glamour masa sekolah dulu ‘Gaban’. Sebenarnya aku baru je siapkan kerja ukur tanah bapak dia. Tanah kat Jenderam dan sekarang ni tengah buat projek tanam cendawan dan bela cacing. Bila dah siapkan kerja, biasalah kena collect payment. Hehe.. sorry aa gaban. Bagus aku jumpa Gaban ni, sebab banyak idea bisnes yang boleh kita syer sama-sama

Sekarang ni Gaban tengah mengusahakan bisnes transportation, cendawan, cacing dan car wash. Menarik si Gaban ni, dia mampu mengembangkan idea bisnes dia kepada dunia reality. Aku boleh kata yang dia ni satu masa nanti boleh jadi taikun,, macam Tony Farnandez Air Asia tuu. Kreatif betul…

Dari borak tadi, Gaban syorkan aku buat blog, catatkan segala perancangan, perjalanan dan hasil usaha aku setiap hari. Jadikan ianya sebagai diary. Selain tu blog tu boleh juga jadi rujukan kepada kawan-kawan. Mana tau suatu masa nanti aku jadi jutawan, mungkin boleh dicompile blog aku. Lepas tu boleh jadikan buku atau ebook. Hehe…..

Ni hasil perbincangan aku dengan Gaban :

Membaca, membaca dan terus membaca. Memang minat aku kat properties. Jadi Gaban cadangkan aku buat banyak rujukan. Baca buku Azizi Ali, Permata Hartanahku, Pie2020, Rich Dad Poor Dad. Sambil membaca aku kena ambil nota. Apa yang faham tulis dalam blog. Sebab aku jugak boleh syer ilmu dengan kawan-kawan

Hadiri seminar, belajar dan terus belajar. Kalau nak free joint direct selling, public mutual atau insuran

Bina networking, joint mana-mana community, create community, kembangkan supaya jadi group yang kuat. Best Gaban, Good Idea, bab group ni aku akan ikut formula Rich Dad Poor Dad. Lepas tu aku akan tubuhkan company. Misalnya usaha2u consult, usaha2u properties dan lain-lain. Yang mana matlamat company ni adalah nak pastikan semua pengarah dalam company ni, pendapatan pasif income dia lebih tinggi dari perbelanjaan

Bina satu konsep pelaburan hartanah yang menarik, dari teknik kumpul modal, formula asb, od, beli lelong, urusan lelong, urusan bank, urusan repair rumah, konsep interior, cari penyewa, buat tenant agreement, tenant masuk, konsep refinance, konsep od rumah, konsep pasif income. Yang mana matlamat akhir aku adalah supaya pasif income aku lebih tinggi dari perbelanjaan

Segarkan minda bawah sedar. Dimana aku perlu visualkan impian aku untuk 10 tahun akan datang. Aku perlu yakin, menjiwai, merasai segala impian aku boleh dicapai dengan baik

Aku perlu kenal diri aku sendiri. Aku kena listkan segala kekuatan, kelemahan dan modal yang aku ada. Dari nilaian ini, baru aku boleh kembangkan potensi diri aku yang sebenar

Perlu kreatif, Gaban bagi tau kreatif ni aku kena bijak kat mana nak melabur, kena faham undang-undang, bijak memasarkan produk, kena paham akaun, kreatif macam mana nak rebut peluang yang terlepas dari orang lain, bijak cari modal, pandai nak uruskan orang lebih bijak dari kita

Macam mana nak mula?
Aku kena berhenti dari apa yang sedang aku lakukan sekarang. Buat penilaian diri
Cari idea baru, cari idea pelaburan yang baru, cipta pelaburan
Action, ikut formula yang aku pelajari
Hadiri seminar, belajar, membaca, menulis, berbincang
Perlu tahu apa yang ingin aku cari, maksudnya matlamat aku
Aku perlu banyak buat tawaran, tawaran balik, berunding, menolak dan menerima

Banyaknya aku belajar dari Gaban, tima kasih ban.