ASYIK TANAH JEE.. SESEKALI BINCANG PASAL SAHAM.. BEST JUGAK KAN

Hari nii aku nak share ngan korang pasal saham lak.. lama betoi aku nak bincang pasal saham nii.. asyik-asyik tanah.. asyik-asyik pasif income.. sesekali bincang pasal saham.. best gak kan

Bukan apa kekawan..sebab  baru-baru nii.. aku terjebak dengan saham peruntukan khas bumiputera.. yang diuruskan oleh MITI

Aku tak pandai main saham nii.. yang aku pandai.. main saham dalam game CASHFLOW101 tuu.. dalam game tuu.. konsep dia mudah.. beli waktu murah.. jual waktu mahal.. tuu dalam game bole laa.. tapi bila nak trade betoi-betoi masuk BSKL.. aku ada sikit jemm broo

Pada peringkat awal.. aku dah pasang niat.. aku tak mahu lagi main saham.. tapi bila aku dah terjebak dengan saham peruntukan khas bumiputera nii.. aku pun sudah terbeli sikit saham daa..

Bagi kekawan yang baru nak beli saham kat MITI nii.. proses pembelian dia tak lah susah

Mula-mula korang bukak website MITI.. www.miti.gov.my.. Pastu korang klik kat bahagian saham. Pastu korang tengok senarai saham yang akan diterbitkan

Nak tahu harga 1 unit saham.. nak download borang.. nak print borang.. semua korang boleh semak kat website

Pastu korang kena prepare dokumen sokongan lak.. macam buku ASB yang disahkan oleh pegawai PNB, 3 bulan penyata bank yang disahkan… kad pengenalan yang disahkan.. penyata akaun CDS.. borang yang lengkap..

Pastu.. semua dokumen tuu korang hantar kat opis MITI kat Putrajaya.. alamat MITI semua tuu ada dalam website.. lepas hantar.. korang kasi doa banyak-banyak.. he he.. sonang  joo kekawan

Lagi banyak unit korang beli.. lagi banyak borang yang korang hantar.. lagi banyak laa.. peratusan unit yang korang dapat.. dan begitu laa sebaliknya

Bagi kes aku.. aku main saham jenis nii.. lebih kepada capital gain.. maksud aku.. beli waktu murah.. jual waktu mahal.. dan hasil untung jualan saham tadi.. aku kasi convert.. invest lak kat hartanah. Dan kat hartanah laa.. sumber pasif income aku yang sebenar

Bagi kekawan yang dah biasa main saham jenis nii.. anggap laa.. apa yang aku share nii.. sekadar perbincangan biasa.. dan bagi korang yang belum pernah try tuu.. aku syorkan sangat.. apa kata korang cuba.. walaupun sekali.. bukan apa kekawan.. lebih kepada dapatkan pengalaman

Aku tak tahu.. samada info yang aku share nii baik atau tak untuk korang.. Cuma pesan aku.. mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. korang buang tepii aaa

Kalo laa bangsa lain.. bole beratur panjang untuk beli saham.. korang rasa.. bangsa kita bole buat tak? Renung-renungkan

Ok kekawan..

Klik LIKE tanda belajar

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

DENGAN TANAH.. ORANG TAK DE SCHOOL PUN BOLEH KAYA BROO..

Hari nii aku nak share ngan korang  kisah.. si tukang kebun.. Tukang kebun yang aku maksudkan ialah Hj R

Al kisah ceritanya.. Hj R nii adalah klien aku.. dulu dia nii bekerja sebagai tukang kebun sekolah.. apa dia buat.. belah pagi.. dia jadi tukang kebun.. dan belah petang.. dia dan isteri bela lembu

Hasil dia bela lembu tuu.. untung niaga tuu.. dia kasi kumpul-kumpul.. sebahagian untung dia belikan lembu balik.. sebagai modal pusingan.. dan sebahagian untung lagi.. dia belikan tanah  

Focus pelaburan dia pada waktu tuu.. dia beli tanah.. yang satu geran ramai tuan.. orang kampung yang terdesak nak pakai duit.. yang terpaksa jual tanah.. dan dia beli dari orang kampung tadi

Pada masa tuu..   tanah-tanah yang dia beli tak besar pun.. ¾ ekar.. ½ ekar.. tapi banyak lot broo

Pada masa tuu.. tanah-tanah macam nii.. tanah yang kurang 1 ekar.. tak bole pecah geran.. kira masa tuu.. ramai orang kampung.. ketawakan dia.. kononya Hj R buat investment yang salah laa.. orang tak de school laa.. macam-macam lagi

Hj R.. tak peduli dengan ejekan tuu.. bagi dia.. pantang ada duit jee.. asal ada duit.. sebahagian beli lembu.. sebahagian beli tanah.. tuu jee teknik pelaburan dia

Hasil dia main tanah tanih tuu.. sekarang.. jangan main-main oooo.. Hj R yang tak de school tuu.. jutawan senyap oooo..

Yang best tuu.. Hj R bagi tahu.. dari dulu sampai sekarang ni.. lembu dia sekitar 40-70 ekor jee.. bilangan tuu tak tambah puu.. kalo dia jual.. dia akan tambah balik.. pada kuantiti yang sama

Cuma pengalaman Hj R.. setakad nii.. dia untung.. bukan dari lembu.. tapi sebenarnya dari tanah..        

Dan aku terharu sangat.. bila Hj R bagi tahu.. baru-baru nii.. dia wakafkan 28% dari jumlah simpanan dia.. untuk buat surau dan aktiviti lain.. Ya Allah mulia nya hati Hj R

Teknik dia.. senang jee broo..

KOS

Dulu dia beli tanah kongsi, luas tanah ¾ ekar.. tanah kat Bangi.. baru : RM8K

Cukai tanah dia bayar baru RM5 x 20 tahun : RM100

Kos ukur.. untuk pecah geran : RM8K

JUMLAH : RM16,500

JUAL

Hari nii.. kalo Hj R jual tanah ¾ ekar tuu.. tanah pertanian.. aku percaya.. senang-senang jee  boleh jual : RM250K

UNTUNG

JUAL – KOS

RM250,000 – RM16,500 : RM233,500

Hj R bagi tahu lagi.. “Tanpa bekerja.. tanpa bela lembu.. saya untung RM233K.. semua tuu rezeki dari Allah.. semua tuu jugak ujian dari Allah.. dan kalo saya wakaf 28% dari jumlah tuu.. rasanya tak salahkan Zal?”

Ayooo.. senangnya Hj R kira.. mudahnya dia congak.. dan hebatnya pandangan dia

Kalo laa Hj R.. yang tak dee school pun.. bole wakaf 28% dari keuntungan pelaburan dia.. untuk jalan Allah.. korang rasa.. korang bole buat tak? Renung-renung dan fikir-fikirkan..

Klik LIKE tanda belajar

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

SUNGGUH AKU TAK SANGKA.. DARI BLOG BOLEH JUMPA ARTIS

Hari nii aku nak share berita gembira lagi ngan korang semua.. sebab hari nii.. aku berpeluang untuk meeting dan uruskan tanah sorang artis nii

Artis yang aku maksudkan ialah Pn R.. dia nii glamour sangat.. pada tahun 90an dulu.. anak darah kacukan.. muka kira mix mix gitu.. dan dia amat glamour zaman lagu Isabella dulu-dulu..

Al kisah ceritanya macam nii.. dulu artis nii ada beli tanah kat Hulu Langat.. tak luas pun tanah tuu.. sekitar 3 ekar lebih macam tuu jee..  

Dan tadi.. kita orang meeting.. sebab dia bercadang.. nak tukarkan syarat tanah tuu.. dari pertanian kepada bangunan kediaman.. dan lepas tuu.. dia nak pecahkan kepada 4 plot

 1 plot nak jadikan tapak rumah rehat dia.. dan 3 plot lagi.. nak jual memurah.. ayooo kayo kayoo

Apa aku blaja hari nii.. aku sungguh terharu broo.. sungguh aku tak sangka.. kesannya dari blog.. bole jumpa artis broo.. he he

Aku maleh nak cerita panjang.. jadi jom kita kira.. untung Pn R

KOS

Beli tanah tahun 90an 3.3 ekar : RM100K

Kos ukur : RM4K

Kos Townplanner untuk tukar syarat : RM7K

Premium tambahan untuk tukar syarat tanah : RM30K

Caruman parit : RM10K

Cukai baru : RM500

TOTAL : RM151,500

JUAL

1 plot untuk sekar : paling minimum RM350K.. sebab tanah nii berdepan dengan jalan besar

Kalo 3 lot : 3 x RM350K : RM1.05 juta

UNTUNG

JUAL – KOS 

RM1.05juta – RM151,500 : RM898,500

Ayooo bestnya Pn R.. kalo laa duit yang hampir RM900K nii.. dia simpan kat ASB jee.. tanpa kerja.. tak yah berlakon.. buta-buta jee dia dapat pasif income

8/100 x 898,500 : RM71880 setahun.. dan kalo sebulan lak RM71880/12 : RM5990.. sebulan

Bestnya..  kayoo nya..

Ok laa kekawan.. salam

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

JANGAN TENGOK MASA LAMPAU.. TAPI RANCANG MASA DEPAN

Hari nii aku nak share berita gembira ngan korang.. sebab semalam.. 1hb Mei.. sempena hari buruh..kami sekeluarga.. sambut ulang tahun perkahwinan kita orang yang ke-8.. ayooo ayoo kejapnya masa berlalu.. dah 8 tahun kita orang kahwin

Apa pun.. aku syukur sangat.. alhamdulilah sangat.. sepanjang 8 tahun berumahtangga nii.. macam-macam benda kita orang blaja.. macam-macam pengalaman kita orang lalui

Kadang-kadang tuu.. kita tak perasan masa berlalu.. tapi bila tengok anak-anak.. baru laa kita sedar.. dah besar panjang anak-anak kita tadi.. tuu maknanya.. yang kita nii jugak.. semakin hari semakin tua.. he he

Apa pun.. mak aku pesan..”Jangan tengok 8 tahun yang dah lepas.. tapi rancang keluarga untuk 30 tahun yang akan datang”

Bila mak aku pesan macam tuu.. terkedu aku kejap broo.. he he

Dalam merancang masa depan nii.. apa yang kita orang buat.. kita orang lebih suka.. plan keluarga untuk jangka masa pendek.. sederhana dan panjang.. kita orang suami isteri duduk sesama.. pastu kita orang listkan.. satu per satu.. masalah-masalah yang kita orang hadapi.. pastu impian-impian yang kita orang nak..

Dari masalah tuu.. kita orang buat satu borang.. senaraikan satu persatu masalah dan impian tadi.. pastu kita orang.. senaraikan lak satu per satu.. strategi dan jalan penyelesaian yang boleh kita orang buat untuk atasi setiap cabaran tuu

Mula-mula tuu..  kita orang rasa macam formal jee benda nii.. tapi lama-lama.. best lak broo.. sebab kita orang boleh tengok.. setiap strategi kita orang tuu.. dah pun buahkan hasil

Apa pun aku blaja.. dalam merancang benda macam nii.. kerjasama suami isteri tuu penting sangat.. bila kita plan.. pastikan kita mesti konsisten bertindak.. mesti rajin.. jangan cepat mengalah

Dan bila kita berjaya.. jangan lupa celebrate.. celebrate simple simple.. macam makan kat restoran best-best.. atau pergi bercuti.. ngan cara tuu.. baru kita rasa.. kejayaan tadi

Setakad nii.. teknik nii.. best sangat untuk kami sekeluarga.. dan aku syorkan sangat.. apa kata.. korang try..

Aku tak tahu.. samada apa yang aku share niii.. baik atau tak untuk korang.. Cuma pesan aku.. mana-mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. korang letak tepi aaaa

Ok laa kekawan.. salam..

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

BUKAN DUIT.. BUKAN HARTA.. TAPI DOA IBU

Hari ni aku nak share ngan korang pasal “ibu”.. bukan apa kekawan.. sebab hari nii.. aku seharian temankan mak aku kat hospital.. sebab hari nii mak aku operate mata

Al kisah ceritanya macam nii.. 2 bulan lepas.. sebelum kita orang pergi umrah.. mak aku complain.. mata belah kanan dia tak nampak.. pada mula tuu.. aku ingat.. mak aku main-main.. nak gurau ngan aku.. kesannya betoi-betoi dia tak nampak broo

Baru aku blaja.. kesannya bila tengok pakai sebelah mata nii.. bila jalan tuu.. susah sangat nak bezakan tinggi rendah.. jadi jalan pun tak leh nak laju..

Untuk atasi masalah tuu.. sebelum nii.. kita orang dah 3 kali jumpa pakar mata.. check punya check.. doctor bagi tahu.. dalam bebola mata mak aku.. penuh dengan darah daa.. ada pendarahan dalam mata kesannya

Punca pendarahan dalam mata nii.. doctor bagi tahu.. ada banyak sebab.. salah satu factor.. adalah factor usia.. pastu mungkin gak diabetis dan lain-lain lagi

Jadi pagi tadi.. alhamdulilah sangat-sangat.. mak aku dah pun selamat jalani pembedahan mata.. dan sekarang nii.. mak aku sudah jadi macam lanun daa..  sebelah mata buka.. sebelah mata tertutup.. he he

Kekawan.. sepanjang aku uruskan mak aku nii.. terlalu banyak benda baru aku blaja kekawan..

Aku blaja :

Masa kita kecik.. mak kita.. tak dee pun rasa malu.. untuk pimpin tangan kita.. sekali pun kita nii nakal.. kita nii buas.. lari sini sana.. tapi.. bila mak tadi dah tua.. macam mana kita?

Masa kita kecik.. bila kita demam.. mak cepat-cepat bawak kita jumpa doctor.. tapi bila dia tua.. macam mana kita?

Bila anak sakit.. mak sanggup bergolok gadai.. untuk pastikan.. anak-anak mereka dapatkan rawatan yang terbaik.. jumpa doctor yang terbaik.. tapi.. bila mereka tua.. kalau mereka sakit.. macam mana kita?

Bila kita berjaya.. kita untung berniaga.. kadang-kadang kita lupa mak.. tapi bila kita jatuh.. kita carik dia

Kalo hari nii.. kita doa untuk anak-anak kita.. kesannya mak kita juga.. buat benda yang sama untuk kita.. dan kalo kita bole dengar doa mak tadi.. pasti.. gerenti.. berlinang air mata kita kekawan..

Ok laa.. salam

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

BUDAK 5 TAHUN PUN BERANI CUBA.. KORANG RASA.. KORANG BERANI TAK?

Untuk hari nii aku nak share ngan korang pasal “berani mencuba”.. korang ingat lagi tak masa korang kecik-kecik dulu.. zaman kanak-kanak ribena.. masa tuu semua benda korang nak cuba.. main basikal laa.. mandi sungai laa.. main layang-layang laa.. kira semua benda korang nak try

Tapi bila dah semakin matang nii.. perasan nak try tuu.. semakin hari.. semakin slow sikit.. korang perasan tak benda nii berlaku?

Lebih-lebih lagi.. kalo kita dapat boss yang garang.. pantang salah sikit jee.. habis laa.. boss marah-marah.. tengking-tengking.. akibat dia.. psikologi kita pun ikut jee laa cakap boss.. jadi semangat nak try sesuatu tuu.. last-last terkubur macam tuu jee..    

Benda nii tambah kritikal bila libatkan financial.. bila kita langsung tak dee perasaan.. nak try sesuatu yang baru.. untuk tambah income.. kalo dah sampai tahap nii.. nii sudah kira bahaya dah nii

Soalnya.. mana mungkin kita buat benda yang sama setiap hari.. tapi kita harap.. result dia berbeza..  dah tentu benda nii.. tak akan berlaku broo.. betul tak?

Bagi sapa-sapa yanga ada masalah macam nii.. Aku syorkan sangat..

Mulakan dengan korang stop kejap.. korang rehat kejap dengan aktiviti korang tuu.. kasi nilai balik aktiviti-aktiviti yang korang selalu buat.. kasi senaraikan mana-mana aktiviti yang bagus dan yang berjaya.. dan yang sebaliknya

Mana-mana yang berjaya tuu.. korang kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal tuu.. korang kasi stop sementara

Pastu korang kasi carik idea baru.. teknik paling senang nak carik idea baru nii.. korang kasi bukak lebai Google.. doctor Youtube.. korang kasi tanya dengan dia orang nii.. nanti pandai laa dia orang  tolong jawab untuk korang.. J

Korang taip laa.. macam mana nak kaya? Macam mana nak marketing power? dan lain-lain.. benda nii terpulang kat korang..

Selain tuu korang boleh gak baca buku.. datang seminar.. dengar CD dan macam-macam lagi

Bila korang dah jumpa teknik baru.. yang korang rasa.. sesuai dengan korang.. apa lagi.. jangan tangguh-tangguh.. kasi cepat try.. korang kasi follow macam mana yang sumber korang cadangkan tuu

Pada waktu yang sama.. korang carik gak mentor.. orang yang berjaya dalam bidang yang korang buat tadi.. jumpa dia orang nii.. ajak dia orang minum.. pastu kasi bincang dengan mentor-mentor tuu

Pastu setiap 3 bulan.. kasi buat penilaian balik.. mana yang Berjaya.. kasi teruskan laa.. dan mana yang gagal kasi stop

Ulang-ulang proses nii.. sampai korang jumpa teknik yang terbaik..

Kalo bebudak 5 tahun pun berani cuba.. rasa-rasa.. korang berani tak?

Fikir-fikirkan.. renung-renungkan.. Ok laa salam..

Klik LIKE tanda belajar

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL